Perbicaraan Kes Saman Fitnah RM2 Juta Hadi Awang Ditunda Ke 7 Disember

Kuala Terengganu –  Perbicaraan saman fitnah RM 2 juta oleh bekas calon PKR Bukit Besi terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Awang ditunda kepada bulan depan selepas seorang saksi gagal hadir untuk memberikan keterangan.
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan perbicaraan disambung pada 7 Disember setelah saksi yand dipanggil oleh bekas calon itu Mohd Shamsul Mat Amin tidak muncul.
Peguam Hadi Asmuni Ali berkata hakim menetapkan 7 Disember untuk kedua-dua pihak menggulung kes mereka, sekali pun saksi itu tidak hadir pada tarik berkenaan.
Hadi disaman oleh Shamsul selepas presiden PAS itu dilaporkan  mendakwa ada calon PKR semasa pilihan raya umum ke-13 lalu terbabit dalam penggunaan pil kuda, iaitu sejenis dadah.
Hadi dikatakan membuat dakwaan itu pada ceramahnya di Alor Limbat, Marang, Terengganu beberapa hari sebelum PRU 13.
Berasaskan dakwaan Hadi itu, PAS meletakkan calonnya di tiga kawasan DUN  termasuk Bukit Besi yang sepatutnya ditandingi calon PKR.
Kerusi Bukit Besi itu dimenangi oleh Barisan Nasional pada 5 Mei tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.