Pandalela Terbabit Kemalangan, Tidak Alami Kecederaan

KUALA LUMPUR –  Penerjun negara Pandelela Rinong terbabit dalam kemalangan jalan raya selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan dan terjatuh ke dalam longkang di Jalan Mahameru awal pagi Isnin.

Walau bagaimanapun, polis mengesahkan beliau terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP Markandan Subramaniam berkata pemenang pingat gangsa Olimpik itu sedang memandu sendirian ke arah Bukit Jalil dari pusat bandar apabila beliau terpaksa mengelak daripada sebuah kereta lain yang memasuki lorongnya.

Pandelela hilang kawalan kereta putih beliau, Chevrolet Sonic yang menghentam pembahagi jalan logam.

“Hentaman ini menyebabkan dia melencong ke kiri dan sebahagian daripada keretanya jatuh ke dalam longkang di tepi jalan. Dia tidak mengalami sebarang kecederaan, ” kata Markandan, sambil menambah kereta itu melanggar papan tanda jalan sebelum masuk ke dalam longkang.

-mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.