Kanak-Kanak Hilang Sejak Jumaat Ditemui Mati Dibunuh

Beaufort  – Mayat seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun yang dilaporkan hilang pada Jumaat lalu, dijumpai berhampiran Sekolah Menengah St John dekat sini hari ini.

Mohd Shariqal Sidek dipercayai dibunuh. Mayatnya dijumpai kira-kira jam 2.15 petang, tujuh kilometer dari kawasankebun  getah di Kampung Selagon – lokasi terakhir kanak-kanak itu dilihat sebelum dia dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Mustaffa Maarof Mustaffa (ulang: Mustaffa Maarof Mustaffa) berkata mayat Mohd Shariqal berjaya dijumpai hasil soal siasat ke atas seorang suspek.

“Suspek seorang lelaki tempatan berumur 30 tahun ditahan kira-kira jam 11 pagi tadi hasil daripada maklumat orang awam yang melihat suspek membawa mangsa dalam sebuah kenderaan,” katanya kepada Bernama.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Beaufort untuk bedah siasat manakala motif kejadian masih disiasat.

Suspek ditahan untuk siasatan lanjut. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.