Dirogol Bergilir-Gilir Kerana Tumbuk Kawan Teman Lelaki

Shah Alam – Bengang ditumbuk sehingga hidung berdarah, seorang lelaki bersama empat lagi rakannya bertindak merogol seorang gadis berusia 16 tahun secara  bergilir-gilir dalam kejadian 12 November lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, gadis terbabit dirogol bergilir-gilir  selepas menumbuk muka seorang lelaki yang juga kenalan kepada teman lelakinya selepas lelaki itu meraba badannya.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa dikatakan mengikuti teman lelakinya seorang warga Myanmar yang dikenali sebagai Mohd Hisham keluar makan di Kampung Sri Aman.

“Ketika dalam perjalanan pulang mereka pulang ke rumah, mereka diekori oleh lima suspek menaiki tiga motosikal sebelum terserempak dengan kereta peronda polis yang cuba menahan mereka.

“Ketika cuba ditahan, mereka berjaya meloloskan diri daripada ditahan kereta peronda polis dan sampai ke lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Yahaya berkata, ketika di tempat kejadian, mangsa diraba menyebabkan mangsa berang dan bertindak menumbuk muka sehingga hidung suspek berdarah.

“Akibatnya, hidung suspek berdarah dan marah lalu merogol mangsa secara bergilir-gilir.

“Teman lelaki mangsa tidak berani untuk membantu disebabkan takut kerana suspek ramai,” katanya.

Sehari selepas kejadian itu, remaja berkenaan memaklumkan kejadian tersebut kepada ibunya, dan bertindak membuat laporan polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.