Andan Hantar Surat Tuntutan, Beri Tempoh 14 Hari Kepada Utusan

Kuala Lumpur – Menteri Besar Pahang yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Adnan Yaakob menghantar surat tuntutan yang memberi tempoh 14 hari – dari 18 November – kepada Utusan Malaysia untuk meminta maaf atau berdepan dengan saman fitnah RM15 juta.

Ia ekoran artikel terhadap komennya mengenai masalah tanah runtuh di Cameron Highlands yang telah disiarkan dalam akhbar itu dan edisi hujung minggunya, Mingguan Malaysia.

Komen yang dibuat oleh akhbar itu telah diterbitkan dalam ruangan Awang Selamat “Hebat Sangatkah Adnan”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.