3 Beranak Mati, Proton Ezora Terbabas Langgar Tembok

Pekan – Tiga beranak terbunuh selepas kereta Proton Exora mereka terbabas lalu berpusing dan melanggar tembok jambatan Sungai Api-Api sebelum terbalik di Km 26, Jalan Pekan-Nenasi dekat Pekan tengah hari semalam.

Mereka dikenali sebagai Nor Azian Abdul Razak, 26, yang mati di tempat kemalangan, anaknya Mohd Amar Zikri Amir, 2 tahun dan Nor Damia Az-zahra, 1 tahun.

Mohd Amar meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Pekan pada pukul 11 malam tadi sementara Nor Damia Az-zahra meninggal di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan pada pukul 1.30 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Yahaya Othman berkata mereka dari Kampug Baru Nenasi dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka di Kuala Pahang.

Beliau berkata kereta itu dipandu bapa Nor Azian, Abdul Razak Hussin, 66,  yang turut disertai isterinya Bibi Nordin, 64, yang kedua-duanya hanya cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Pekan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.