14 Gerai Makanan Musnah Dalam Kebakaran

Labuan – Kebakaran memusnahkan 14 gerai makanan sederet di pasar lama di downtown Jalan OKK Awang Besar hari ini.

Kebakaran 4.05 petang itu dipercayai bermula dari satu daripada gerai terbabit.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Jason Bilin berkata siasatan masih dijalankan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Seramai 23 anggota bomba dan sebuah jentera dari Balai Bomba Kampung Jawa mengambil masa kira-kira setengah jam unuk memadamkan kebakaran itu.

“Kami berjaya menghalang api daripada merebak ke premis lain,” katanya.

Gerai-gerai itu dikosongkan sejak pertengahan bulan lepas apabila peniaga dipindahkan ke Kompleks Pasar Labuan yang baru siap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.