VIDEO: Pemandu Teksi KL Setuju Tindakan Maki Mahathir

SHAH ALAM – Kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyelesaikan isu membabitkan pemandu teksi sebagaimana yang dijanjikan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu menjadi punca mengapa golongan itu bertindak kasar dalam satu majlis dialog bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Seorang pemandu teksi, Sahar Mustapha, 66, berpendapat kumpulan yang mencetuskan kekecohan itu tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya memandangkan mereka hanya menuntut perkara yang dijanjikan sebelum ini.

“Saya setuju dengan apa yang pemandu teksi buat di Langkawi…kita menyokong. Di sebalik itu juga adalah kesilapan perdana menteri juga sebab apa yang diuar-uarkan sebelum menjadi perdana menteri, dia berjanji dengan pemandu teksi di Langkawi, walaupun kami di Lembah Klang, tapi kami mengikuti perkembangan.

“Apa yang kira rasa musykil ataupun tidak puas hati adalah perjanjian dia dengan perdana menteri. Kita pun faham, perdana menteri bukanlah nak jaga teksi saja tapi orang bawahan perdana menteri, apa yang dia buat? Balik-balik (menyokong) Grab. Jadi kami sebagai pemandu teksi terabai,” katanya kepada SuaraTv.

Sahar yang sudah 10 tahun bekerja sebagai pemandu teksi juga mempersoalkan mengapa kerajaan tidak memainkan peranan yang sepatutnya supaya isu e-hailing atau Grab ditangani segera.

“Yang jadi malangnya kepada kita sebagai pemandu teksi, 10 macam (jenis peraturan) diarah…kenapa Grab tak buat? Kenapa perdana menteri tak arahkan menteri pengangkutan. Kalau ada arahan, kenapa menteri pengangkutan tak buat? Jadi rasa saya, kalau begitu, baik letak jawatan seperti yang disaran pemandu teksi di Langkawi,” luahnya.

Bagi Zulkefli Mat Daud, 64, kemarahan pemandu teksi adalah sangat berasas kerana jelik dengan tindakan kerajaan hanya pandai menabur janji namun tidak melaksanakan apa yang dijanjikan.

Beliau berkata, jika kerajaan masih bermain tarik tali, tidak mustahil PH tidak lagi mendapat undi daripada pemandu teksi pada PRU15 kelak.

“Kerajaan jangan cakap saja tapi tak buat. Kalau dia nak bagi kita bersaing sama rata, buatlah. Mana aplikasi untuk kita? Apps untuk kita tak ada sedangkan mereka ada apps GrabCar, My Car pula. Teksi tak ada apps. Dulu boleh juga dapat RM40, RM50 sehari, sekarang susah. Tapi kerajaan mengatakan orang teksi macam-macam. Mungkin betul, tapi yang tak betulnya, bila dia cakap nak buat sama rata, dia tak buat.

“Masalahnya, dalam tempoh dia berjanji, orang teksi dah makin teruk. Dapat RM30 sehari, kalau tolak gas RM13…berapa belas ringgit je dapat. Pakcik bercadang bila permit habis tahun depan, dah tak nak bawak teksi dah kalau begini caranya. Tak apalah, anak-anak dah kerja, makan la apa yang ada.

“Memang kecewa lah. Pakatan Harapan bagi harapan kepada rakyat yang menyokong anda, tapi jangan buat macam ni. Kita rasa kecewa. Bila dah makin ramai rasa kecewa, esok-esok PRU15 kalau tak dapat majoriti lagi, jangan salahkan rakyat,”katanya.

Sementara itu Md Yasin Md Yaman, 76, berkata tindakan segelintir pemandu teksi di Langkawi baru-baru ini secara tidak langsung memberi pengajaran kepada kerajaan agar tidak mungkir janji sebagaimana yang diucapkan mereka sebelum ini.

“Saya setuju tapi kalau terlampau biadap sangat, tak baguslah kita orang Melayu. Kalau diluahkan pandangan, saya setuju kerana ia untuk pengajaran kepada kerajaan.

“Sebelum pilihan raya memang ada banyak janji. Pemandu teksi mengatakan Dr Mahathir sendiri yang kata dia nak hapus Grab, tapi menteri pengangkutan kata tak nak hapus Grab. Rasa nak marah tu, lihat lah sekarang, sebab marah lah bila ada tunjuk perasaan di sana sini,”ujarnya.

Beberapa siri perhimpunan sudah diadakan pemandu teksi sejak PRU14 bagi menyatakan tuntutan mereka.

Julai lalu, beratus pemandu teksi berhimpun di Padang Merbuk bagi menuntut perkhidmatan e-hailing dihentikan sehingga kerajaan menetapkan akta dan peraturan rasmi.

Mereka juga mahu perkhidmatan e-hailing sedia ada menggunakan kenderaan yang sah seperti teksi, teksi mewah, van pelancongan serta semua kelas kenderaan yang mempunyai lesen pengendali, dan bukannya kenderaan persendirian seperti sekarang.

Minggu lalu, kira-kira 300 pemandu teksi berhimpun di Kementerian Kewangan, Putrajaya bagi membantah cadangan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Tony Pua untuk menggantikan bas di stesen LRT dengan perkhidmatan Grab.

Terbaru, Sesi Dialog Tun Dr Mahathir Bersama Pemandu Teksi Langkawi, bertukar kecoh apabila segelintir mereka meninggalkan sesi dialog selepas enggan menerima penjelasan perdana menteri berkaitan isu Grab. – SuaraTv

4 thoughts on “VIDEO: Pemandu Teksi KL Setuju Tindakan Maki Mahathir

  • October 24, 2018 at 8:09 pm
    Permalink

    Sokong otak hang? Bodoh bebal? Tun M baru jadi PM!! Kes ni najib dulu? Kurang ajar biadap elok tarik lesen taxi semua!! Biar grab ambil alih?? Samseng konon sangat?? Poorah buta kayu?? Sokong tarik lesen taxi!!!!

    Reply
    • October 26, 2018 at 7:09 am
      Permalink

      Belajar tgk salah sendiri dkt cermin dgn perangai korg sendiri. Nak mrh pm sbb ape bkn dia buat mslh pd kaum2 laknat teksi ni tp korg yg pilih penumpang ddk lepak membawang caj sesuka hati dan tiada kata2 yg elok kalo penumpang xmemilih kamu teksi. Belajar la kesilapan berpunca dari kamu sendiri kerana penumpang dah meluat menyampah dan benci dgn pemandu teksi !!!

      Reply
  • October 24, 2018 at 8:10 pm
    Permalink

    Tangkap demo taxi sumbat penjara!! Jgn bagi muka!!

    Reply
  • October 26, 2018 at 2:34 pm
    Permalink

    Aku rasa demo tu hak bodoh tk reti nk mikir…, yg demo bangkit kerajaan dulu tu kenapa.., yg berjanji tu Mahathir, pandai berkanji pandailah tunai jangan dok cari beribu alasan. Memang Mahathir tu jenis lidah bercabang bapak segala munafik.
    Kalau tk mampu nk tunai jangan berjanji. Tapi memang jenis puak PH dari penyokong, Menteri2 sampai ke PM semuanya keturunan penipu dan pembohong. Ingatlah jangan sampai Allah turunkan bala.
    Namun yg paling teruk aku tengok dlm PH ni ialah penyokong yg bernama islam yg paling teruk macam org tak ada agama atau memang tak beragama pun.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.