VIDEO: Ahli Parlimen MCA Rasa Berdosa, Peruntukan Masjid Dibatalkan

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong meluahkan rasa berdosa dalam Parlimen hari ini atas isu peruntukan pembinaan dua buah masjid di kawasan parlimennya di Ayer Hitam dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini.

Biar pun bukan beragama Islam, Ka Siong memberitahu beliau rasa berdosa atas tindakan pihak tertentu itu kerana seperti telah menghukum penduduk di kawasan Kampung Keluang dan Parit Haji atas kesilapan kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU).

“…untuk umat Islam di kawasan saya, saya rasa sedih walaupun saya bukan orang Islam. Macam mana projek pembinaan dua buah masjid di Kampung Keluang dan Parit Haji di kawasan saya yang telah dilulukan oleh kerajaan, oleh ICU, terus tidak dibuat.

“Saya rasa berdosalah bagi siapa yang buat perkara ini. Sebab apa? Masjid ini untuk umat Islam. Saya pun rasa terpanggil untuk sampaikan, tolonglah kalau disebabkan nak menghukum BN di kawasan Ayer Hitam, janganlah sampai kita ‘memangsakan’ pengundi kita,” kata Ka Siong dengan nada tegas.

Ka Siong, beliau terpanggil untuk memperjuangkan nasib orang Islam yang ‘dianiaya’ oleh kerajaan PH ini atas dasar tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia walaupun berbeza bangsa dan agama.

“Satu lagi perkara, kita memperjuangkan orang Malaysia tidak kira agama. Walaupun saya bukan Islam, saya rasa terpanggil untuk memperjuangkan pembinaan dua buah masjid di kawasan saya,” katanya lagi.

September lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah membatalkan peruntukan pembinaan beberapa masjid di beberapa negeri tanpa memberikan alasan yang kukuh.

Ia telah menimbulkan kemarahan buat umat Islam yang terbabit dan melabelkan Guan Eng bersifat rasis dan diskriminasi kepada agama Islam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.