Tamrin Gesa Sultan Johor Didik TMJ, Elak ‘Peristiwa Hitam’ Berulang

Oleh: Tamrin Tun Ghafar

1. Hari ini sepuluh tahun yang lalu iaitu pada 24hb. Oktober 2008 genap sudah berlakunya satu peristiwa yang tidak sepatutnya berlaku dan dilakukan oleh seorang ahli keluarga Raja.

2. Sama ada ia telah diselesaikan atau sebaliknya, yang penting ia telah berlaku.

3. Pada tarikh tersebut, Tengku Nadzimuddin, anak kepada Tengku Mudzaffar dan Tengku Dara Naquiah telah dibelasah dengan teruk oleh Raja Muda Johor yang kini bergelar Tengku Mahkota Johor atau TMJ dan pengawal – pengawal peribadi yang terdiri dari anggota Askar Timbalan Setia atau lebih dikenali sebagai Johor Military Force ( JMF ).

4. Jika tidak silap Ketua Polis Negara atau IGP ketika peristiwa itu berlaku ialah Tan Sri Musa Hassan.

5. Mengapa beliau dan Ketua Polis Negeri Johor ketika itu menutup kes yang begitu jelas salah dari Akta Undang-Undang Jenayah?

6. Tindakan mereka menutup kes sebegini tak ubah seperti ‘Menutup Bangkai Dengan Nyiru’, ‘Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi’ dan ‘Pilih Bulu’; itulah imej buruk polis ketika itu.

7. Kerajaan dan rakyat hari ini menuntut Pasukan Polis dari Ketua sehingga ke pangkat ‘private’ melaksanakan undang – undang dengan tulus dan berhemah tinggi TANPA kira pangkat dan kedudukan, ini termasuk tindakan terhadap mana – mana ahli keluarga Raja jika mereka melakukan kesalahan; ‘semoga pisang tidak berbuah dua kali’.

8. Jika kes seorang ahli keluarga Raja pun boleh ditutup oleh polis, apatah lagi kes-kes jenayah yang membabitkan antara Sultan atau ahli keluarga mereka dengan rakyat biasa.

9. Beberapa perkara yang menyebabkan mereka ( polis ) tidak berbuat demikian jika ia melibatkan keluarga Raja ialah :-

i. Mereka mungkin sudah termakan budi dengan anugerah dan gelaran yang telah diberi oleh mana – mana Sultan.

ii. Yang masih belum menerima sebarang pingat dan bintang, mereka tidak mahu dilihat sebagai ‘menentang arus’ dalam menjalankan tugas.

iii. Yang sedihnya ada di antara mereka yang menganggap seolah-olah Sultan dan keluarga mereka adalah keturunan dewa-dewa yang diturunkan dari langit bagi menjadi payung atau pelindung rakyat???

iv. Terdapat begitu ramai anggota polis hari ini yang TIDAK FAHAM Perlembagaan dan Undang – Undang.

10. Amalan menggampu berlebih – lebihan dengan menyembah dan mencium tangan Sultan dan anak – anak mereka harus DIBERHENTIKAN serta merta oleh semua rakyat terutama ahli politik dan yang berjawatan; lagi pun Sultan BUKAN Tuhan atau Malaikat yang di turunkan khas dari langit; cukuplah penghormatan kepada Sultan dan keluarga mereka dengan menundukkan sedikit kepala dan bersalam tangan.

11. JANGAN BIARKAN SULTAN DAN KELUARGA MEREKA BERMAHARAJALELA DENGAN MELAKUKAN APA SAHAJA TANPA MENGHORMATI PERLEMBAGAAN DAN UNDANG – UNDANG DAN TANPA MENGAMBIL KIRA PERASAAN ORANG LAIN.

12. Kepada Sultan Johor , sebelum nasi menjadi bubur didiklah anak emasnya , Tengku Mahkota itu yang bakal menggantikannya agar bersopan santun, berbudi pekerti yang baik dan tahu menghormati orang lain terutama mereka yang jauh lebih dewasa daripadanya; JANGAN ULANGI PERISTIWA HITAM SEPERTI MANA YANG PERNAH DILAKUKAN OLEH ARWAH DATUK, BAPA DAN BELIAU SENDIRI.

13. Kepada semua Raja dan keluarga mereka pula, belajar dan fahamilah sejarah negara terutama yang melibatkan Perlembagaan dan mengapa pindaan terhadapnya TERPAKSA dilakukan.

14. JANGAN SEWENANG – WENANG MENUDING JARI.

15. Sebenarnya kezaliman dan tindak tanduk merekalah yang telah MEMAKSA Kerajaan UMNO/ BN yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir ketika itu untuk meminda Perlembagaan negara.

16. Pindaan tersebut adalah jalan terbaik bagi menyelamatkan rakyat daripada terus dizalimi oleh Sultan Johor dan ahli keluarganya dan dalam masa yang sama dapat menyelamatkan Institusi Raja Berpelembagaan.

17. Jika tidak mahu berterima kasih apatah lagi memohon maaf kepada Tun Mahathir oleh kerana sikap sombong diri yang merasakan kedudukan mereka sebagai Sultan dan keluarga Raja tidak perlu merendah diri memohon maaf kepada insan yang telah berjaya menyelamatkan mereka dari dibuang oleh rakyat ketika itu, sekurang – kurangnya kikislah sifat dan sikap membenci dan bermusuhan terhadap beliau.

18. Malangnya semasa Perlembagaan dipinda hampir kesemua Sultan yang ada sekarang masih dibangku sekolah lagi , apatah lagi anak-anak mereka mungkin masih menyusu atau belum dilahirkan lagi.

19. Atas alasan hendak menjaga kepentingan rakyat negeri kononnya, kebelakangan ini rakyat menyaksikan bagaimana melampaunya sikap mereka terhadap Perdana Menteri.

20. Tidak boleh dibayangkan apakah jenis tindak balas rakyat terhadap Raja dan keluarga apabila kesabaran mereka mencecah tahap maksima jika Sultan terus dengan perangai buruk mereka dan Tun Mahathir pula membiarkan sahaja situasi itu berlaku tanpa melakukan pindaan kepada Perlembagaan?

21. Semoga apa yang dilakukan oleh rakyat Perancis , Russia , Mesir , Iran , Indonesia dan yang terbaru di Nepal tidak akan berlaku terhadap Sultan dan keluarga mereka di negara ini.

22. Ubahlah sikap dari yang buruk kepada yang baik, dari bermegah – megah dengan kekayaan dan kemewahan kepada merendah diri dan dari sikap membenci kepada menghormati.

23. ‘Ular Menyusup Di Akar Tidak Akan Hilang Bisanya’, ‘Ikut Resam Padi, Semakin Berisi Semakin Tunduk.’

24. Hanya amalan yang baik sahaja yang akan menyelamatkan kita di sana nanti. Saya yakin jika Sultan rajin menasihatkan rakyatnya, Bangsa Johor, maka beliau juga perlu menasihatkan anaknya terlebih dahulu – ‘Bapa Borek, Anak Rintik.’

25. Semoga Raja dan rakyat jelata dapat mentelaah pandangan ikhlas saya ini.

Terima Kasih.

 

Penafian: Tulisan di atas adalah pandangan beliau sebagai penulis dan tidak mewakili pandangan portal ini

7 thoughts on “Tamrin Gesa Sultan Johor Didik TMJ, Elak ‘Peristiwa Hitam’ Berulang

  • October 25, 2018 at 5:10 pm
    Permalink

    Saya sangat setuju dengan kenyataan Tamrin. Institusi raja harus lebih peka dengan kedudukan mereka sebenarnya. Mereka hanya raja berpelembagaan, hanya untuk melindungi hak kaum melayu. Sultan ada banyak dalam Malaysia, dan bergilir dilantik menjadi agung. Jadi elok la sultan2 yg ada berdiam diri jangan memandai mencampuri urusan pentadbiran negara, tak payah la nak cari publisiti, negara kita guna kuasa rakyat. Kalau parti atau pemimpin boleh di jatuhkan, tidak hairan kalau rakyat juga akan menolak sultan dan raja2 jika meraka masih mencampuri urusan pentadbiran negara.

    Reply
  • October 27, 2018 at 9:50 pm
    Permalink

    Saya rasa Sultan dan keluarga mereka perlu menjadi relevant kepada Rakyat dan kemakmuran negeri/negara. Bila mereka2 ini tidak relevant, Rakyat akan menyoal kedudukan mereka. Saya berharap Sultan dan keluarga mereka perlu bersifat membantu Rakyat dan perihatin dengan mana2 Rakyat yang perlu bantuan… jangan menggunakan duit Rakyat utk kemewahan sendiri.

    Reply
  • October 28, 2018 at 2:16 pm
    Permalink

    👍👍👍👍

    Reply
  • October 29, 2018 at 9:01 pm
    Permalink

    Jika benar kenapa isu ini sepi diam?? Salah tk kira sapa??

    Reply
  • October 29, 2018 at 9:03 pm
    Permalink

    Susah hidup kalau rasa diri tu sentiasa benar dan betul!!

    Reply
  • October 29, 2018 at 9:05 pm
    Permalink

    Sebenarnya kita tak kuat kita tak hebat….. tapi allah swt yg mentakdirkan segalanya…. fikir dan faham??,

    Reply
  • October 29, 2018 at 9:07 pm
    Permalink

    Yg berdarjat tk selalu nya betul..yg dibawah tak semesti salah…!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.