Syed Saddiq Dikecam, Persoal Hukum Tuhan Dalam Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman nampaknya menerima kecman dan kritikan yang hebat ekoran kata-katanya di Twitter baru-baru ini yang ditujukan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Netizen nyata tidak menyenangi apabila Ahli Parlimen Muar itu bertanyakan kepaada Zahid, adakah bala akan menimpa pengamal rasuah dan pihak bersekongkol dengan pihak yang mencuri wang rakyat.

Ada yang mengganggap Syed Saddiq sebagai biadap kerana menggunakan hukum Allah sebagai perdebatan.

“Hoi mulut jaga. Aku pun punyai pandangan berbeza mengenai bala dengan musibah ni, tapi KUASA TUHAN jangan cabar. #biadap,” kata Alvy Ismail.

“Dik kau pegilah belajar agama sikit.. mencuri tak turun bala.. tu antara dia dengan Tuhan.. Kalau kau menggalakkan LGBT ni.. Barulah bala turun… Sebelum cakap fikirlah dulu.. Kau tu menteri,” ujar Faridah Tahir.

“Kita nie janga sesekali persoalkan hak Allah … Jangan kau cabar Allah … kelak kau akan menyesal … Allah boleh jer tarik balik apa yang Allah berikan kat kau … hanya sekelip mata jer … Jadi kalau kau nk kekal dalam kedudukan ko … banyak kan lah berbuat kebaikan … ikut perintah Allah … jadi lah pemmpin yang adil …,” tambah Shah Fitri Shafri.

Malah ekoran kelancangannya itu, Syed Saddiq dilihat tidak layak memegang jawatan menteri.

“Sebenarnya kautak layak jadi menteri hanya kerana kau boleh berdebat. Kesilapan terbesar pPerdana Menteri,”Adam Chik

Terdahulu Syed Saddiq berkata demikian sebagai respon kenyataan Zahid dalam Dewan Rakyat berkata bahawa kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda bandar Palu di Sulawesi, Indonesia, baru-baru ini adalah berpunca daripada pembabitan sesetengah masyarakat dalam kegiatan lesbian, gay, biseksual dan trangender (LGBT).

Menurut dakwaan Ahmad Zahid, perbuatan kira-kira 1,000 LGBT itu menjadi punca kemurkaan Allah dan beliau mengaitkan perkara itu dengan keadaan di Malaysia dengan berkata, kejadian gempa bumi di kawasan itu adalah petanda Allah menurunkan hukuman-Nya.

Namun Syed Saddiq hanya membalas kenyataan Zahid menerusi Twitter bukan berhadapan.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.