Sufian Suhaimi Alami Tekak Berdarah7 Hari

KUALA LUMPUR – Sufian Suhaimi mendedahkan diserang batuk teruk sehingga mengalami pendarahan lebih kurang tiga minggu yang lalu.

Menurut Sufian, 26 hampir seminggu mengalami batuk berdarah kini kondisinya semakin pulih setelah dikesan doktor bahawa tekaknya luka.

“Saya diserang demam panas dan batuk-batuk yang teruk selepas menghadiri sebuah majlis anugerah baru-baru ini. Hampir seminggu saya batuk berdarah dan sekarang ni kondisi sudah semakin baik, hanya batuk biasa sahaja.

“Setelah menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan ada luka di tekak yang menyebabkan berlaku pendarahan itu,” katanya.

Namun Sufian memberitahu dia masih menjalani rawatan bagi memulihkan masalah kesihatannya itu.

“Sekarang ni masih makan ubat yang diberi oleh doktor dan dalam masa sama saya mengamalkan pengambilan madu.

“Alhamdulillah, luka dah tak berdarah lagi tapi masih sakit dan batuk masih ada. Mujurlah semasa persembahan masalah ini tak mengganggu dan peminat faham,”katanya lagi.

Penyanyi ini bakal memulakan saingan minggu pertama Semi Final Muzik-muzik (SFMM33) bersama penyanyi lain antaranya Ariff Bahran, Liza Hanim, Dayang Nurfaizah, Siti Sarah, Amylea dan Kaer, Ben Ladin dan Aliff Satar pada 9 November ini.

Sebanyak 30 buah lagu terbaik dipilih untuk separuh akhir sebelum layak menduduki 12 tempat terakhir Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33).

Bercakap mengenai persediaan lagu Di Matamu di pentas Semi Final Muzik-muzik (SFMM33), Sufian berkata dia tidak membuat sebarang latihan khusus untuk saingan tersebut.

Sebaliknya, dia hanya menggunakan pentas undangan nyanyian sebagai ruang mempersiapkan diri sebelum persembahan separuh akhir nanti.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.