Sam Ambil Alih Tugas Isteri

KUALA LUMPUR – Takut mengupah pengasuh untuk menjaga yeriv Samheizy, pelakon Shaheizy Sam menggalas tanggungjawab menjaga anaknya ketika isteri bekerja.

Kembali berlakon di usia kehamilan anak kedua isterinya Syatila Melvin menurut Sam tidak percaya kepada pengasuh justeru dia mengambil tugas itu buat masa sekarang.

“Alhamdulillah, kandungan Tilla sudah memasuki tiga bulan dan sebenarnya kalau boleh dia tak nak berlakon tapi dapat tawaran yang menjanjikan dua bulan sahaja penggambaran.

“Jadi, buat masa sekarang saya yang menjaga Syeriv di rumah menyebabkan saya sukar untuk bekerja di pejabat kerana memikirkan ada anak kecil,” katanya.

Tambah Sam yang tidak keberatan menjaga anak lelaki merekam membahagikan masa dengan Tilla bukan satu kekangan baginya.

“Saya dan Tilla tak ada masalah nak bahagikan masa untuk menjaga anak. Sebab kami masih belum berani nak bagi orang lain jaga,”tambahnya.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.