PKR Gelang Patah Kecewa Diketepikan Pemilihan Ketua Kampung

JOHOR BAHRU – PKR Cabang Gelang Patah melahirkan rasa kecewa berikutan pemilihan jawatan ketua kampung di kawasan berkenaan yang didakwa mengetepikan parti tersebut.

Naib Ketua Cabang PKR Gelang Patah, Abdul Manan Othman berkata, Pakatan Harapan (PH) negeri hanya melantik seorang sahaja wakil daripada PKR menjadi ketua kampung berbanding 11 jawatan yang ditawarkan seperti yang tular dalam aplikasi WhatsApp sejak beberapa hari lalu.

“Calon PKR yang dicadangkan menjadi Ketua Kampung Batu 10, Gelang Patah itu sebaliknya adalah ahli di kawasan Pulai dan baharu menjadi ahli PKR sejak 7 Jun lalu.

“Meskipun senarai nama ketua kampung tersebut belum dikeluarkan secara rasmi, kami telah mendapat maklumat bahawa tujuh jawatan ketua kampung telah diberikan kepada parti Amanah, tiga Bersatu dan hanya satu PKR,” katanya kepada pemberita, di sini sebentar tadi.

Abd. Manan berharap agar kepimpinan parti dapat mempertimbangkan semula cadangan untuk meletakkan tiga wakil PKR sebagai ketua kampung sebelum senarai rasmi dikeluarkan pada 1 November ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.