PH Patut Utamakan Rakyat, Bukan Utamakan Lawan Politik Siang Dan Malam – Najib

SHAH ALAM – Datuk Seri Najib Razak ‘menasihati’ kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad agar memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat, dan bukannya sibuk untuk memberi tumpuan kepada lawan politik mereka.

Mantan perdana menteri itu berkata demikian dalam satu kenyataan sebagai mengulas pendakwaan mahkamah yang akan dihadapinya esok.

“Saya tahu saya akan dapat menghadapi pendakwaan ini di mahkamah dengan mudah namun pada masa ini saya ingin bertanya akan kejujuran kerajaan PH untuk melihat pada gambaran lebih besar untuk menyelesaikan isu 1MDB, dan hentikan mainan politik mereka, jujur dengan semua rakyat Malaysia serta memastikan ekonomi Malaysia dan rakyatnya menjadi keutamaan dan bukan berterusan menjadikan lawan politik mereka sebagai keutamaan, siang dan malam,” kata Najib.

Najib dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi esok berhubung siasatan beberapa kes pecah amanah yang telah dilakukan oleh mereka melibatkan wang milik Kerajaan Malaysia.

Turut didakwa, bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri Datuk Hasanah Ab Hamid.

Terdahulu, Najib dan Mohd Irwan hadir ke Ibu Pejabat SPRM di sini petang tadi secara berasingan untuk melengkapkan proses akhir siasatan dan pendakwaan tersebut.

Mengulas lanjut, Najib menyifatkan pendakwaan oleh SPRM itu ‘tidak pernah berlaku di mana-mana negara yang kerajaannya terlalu pendendam’.

Jelas Najib juga, beberapa pendakwaan yang dikenakan terhadapnya sebelum ini juga tidak masuk akal, namun beliau akur kerana ia adalah kuasa kerajaan untuk mendakwanya mengikut kehendak mereka.

“Saya telah menerima hakikat saya telah didakwa berkaitan 1MDB. Ia adalah kuasa kerajaan untuk mendakwa saya mengikut kehendak mereka. Saya telah didakwa menerima RM2 bilion. Saya juga telah didakwa kerana memulangkan wang RM2 bilion dan saya juga telah didakwa kerana memindahkan wang dari akaun saya kepada satu lagi akaun saya. 

“Pada masa yang sama, walaupun saya didakwa secara rasmi kerana wang RM2 bilion telah dikembalikan, terdapat juga banyak lagi dakwaan yang saya telah membayar beratus pihak lagi dengan RM2 bilion yang sama ini. Mana lojiknya?

“Saya juga telah mendedahkan dokumen bank yang membuktikan beratus juga ringgit telah dibayar kepada akaun saya terus dari akaun bank Menteri Kewangan Arab Saudi sebagai derma. Mengapa faktor ini tidak diambil kira dan beratuk pihak masih menerima tekanan dari pihak berkuasa mengenai bayaran dari akaun saya?

“Setiap sen 1MDB ialah dari pinjaman. Memang tidak masuk akal yang niat saya ialah untuk mencuri wang yang dipinjam dan letaknya di dalam akaun atas nama saya sendiri kerana wang yang dipinjam akhirnya perlu dibayar balik,” katanya lagi.  -SuaraTv 

2 thoughts on “PH Patut Utamakan Rakyat, Bukan Utamakan Lawan Politik Siang Dan Malam – Najib

  • October 24, 2018 at 10:32 pm
    Permalink

    PH YG JUJUR AMANAH WIBAWA DARI PARTI KORUP??? BIAR PH TUN M URUS BUKAN KAU LAGI?? TAK SEDAR KAH AWAK DAH TUMPAS TUMBANG JATUH RUYUP HANCUR MUSNAH ROSAK!! DUK DIAM TUNGGU LAH HUKUMAN MENUNGGU AWAK2 SEMUA YG KORUP?? MAKIN ORG MELUAT BENCI TENGOK MUKA!! USAH CUBA ALIH PERHATIAN WAYANG KAU SEMUA TAHU DAH!! FELDA ..FELCRA..NFC LEMBU..1MDB..ALTANTUYA.. HARI KE HARI DPT KES LIBAT PARTI KORUP DULU!.. RASANYA ADA BYK KES LAGI AKAN TIMBUL.. BETAPA KORUP NYA MEREKA2 INI??? BILA LAGI YG LAIN2 TU DIDAKWA?????

    Reply
  • October 28, 2018 at 9:16 pm
    Permalink

    PH patut utamakan kes rasuah..pecah amanah bekas2 menteri korup..dan sekutu2 mya??? Perasuah jgn bagi can!!
    Perosak segala2nya… allah swt maha kaya maha adil lgi maha berkuasa!! Tk leh tepis punya??? Mudah2an terbukti kejahatan mereka2 ini!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.