“Nak Buat Kereta Nasional Ke-3, Jambatan Bengkok…Tapi Suruh Rakyat Berkorban”

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi Bicara Minda Sinar Harian memberi bayangan bahawa rakyat perlu berkorban menerusi Bajet 2019.

Jelasnya ini kerana kerajaan terdahulu boleh memberikan wang kepada rakyat dalam pelbagai bentuk kerana sumber yang diterima itu adalah daripada hasil curi.

Namun nampaknya kenyataan Tun M ini menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan netizen.

Ada yang berkata bahawa tidak wajar untuk Tun M menyuarakan hasrat untuk membina jambatan bengkok, berhasrat mengadakan kereta nasional ketiga dan membiarkan Menteri Besar Kedah yang juga merupakan anaknya menukar kenderaan rasmi dengan kereta Volvo jika mahu rakyat ‘berkorban’.

“Taik..jambatan bengkok nak bua..kereta nak buat..kamu pakai Audi..anak.bli Volvo..Menteri cap ayam asyik pergi luar negara. Kamu nak suruhrakyat jimat cermat…,” kata Ahmad Ghazali

“Kenapa tak suruh anak-anak, menteri-menteri sendiri berkorban?. Takut diri sendiri terkorban ke?,” kata Zulkifli Bahri.

Ada juga yang berang dan berkata bahawa rakyat membuat keputusan memilih Pakatan Harapan untuk meminta pertolongan kepada parti itu jika berjaya menubuhkan kerajaan tetapi malangnya, yang berlaku adalah sebaliknya.

“Kita pilih kerajaan mintak tolong kerajaan mbntu rakyat, ada ke dia mintak tolong dengan rakyat pulak suruh berkorban…Sepanjangaku hidup ni tak pernah dengar lagi,” kata Fie Rafiyah.

“Itu lah Perdana Menteri Pakatan Harapan..dan para menteri yang di lantik.banggang mentadbirnegara, di suruh rakyat pula yang berkurban..,” menurut Bohari Hairum.

Terdahulu Mahathir berkata, rakyat perlu menerima hakikat bahawa prestasi kewangan negara tidak membenarkan pemberian wang secara percuma.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.