Najib, Irwan Serigar dan Hasanah didakwa esok

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bekas Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri Datuk Hasanah Ab Hamid terhadap beberapa kes pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan.

Agensi itu berkata, ketiga-tiga mereka akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada 7:30 pagi esok.

“Kedua-dua mereka dituduh berhubung siasatan beberapa kes pecah amanah yang telah dilakukan oleh mereka melibatkan wang milik kerajaan Malaysia,” kata kenyataan itu.

Terdahulu Irwan tiba di Ibu Pejabat SPRM sejam selepas Najib hadir untuk memberi keterangan.

Walaubagaimanapun Irwan ditahan dan Najib selesai memberi keterangan selepas lebih kurang tiga jam di ibu pejabat SPRM.-SuaraTv

One thought on “Najib, Irwan Serigar dan Hasanah didakwa esok

  • October 24, 2018 at 7:53 pm
    Permalink

    Semoga yg bersalah terbukti korup akhirnya…!!! Apa keje kerajaan dulu buat ha?? Mana sumpah ikrar jawatan aku janji pd dymm agong..negara bangsa rakyat???? Angkuh takbur tipu ikrar sumpah jawatan?? Itu kah sbb nk jadi menteri???? Kalau PH tk menang PRU 14 agak2 apa jadi pd malaysia? Tergadai? Muflis?rosak hancur rakys zalim kejam pedoman panduan krjaan dulu?? Rasuah salah laku tamak haloba khianat angkuh tak mahu ngaku salah ? Perompak penyamun penyangak..curi harta negara rakyat?? Tak malu kah tipu???!!!
    Kau tipu rakyat malaysia!!!! Tak kan selamat punya!!! Allah swt maha adil maha berkuasa!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.