Menteri Hilang Lagi Dari Dewan Rakyat, Salah Najib Jugakah?

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memulang paku buah keras kepada Lim Kit Siang susulan kenyataan Pengerusi DAP itu yang mendakwa kerusi Ahli Parlimen kerajaan termasuk menteri dan timbalan menteri kosong di Dewan Rakyat disebabkan Najib.

“Pagi tadi, Kit Siang guna alasan bahawa tiada menteri ataupun timbalan menteri di Dewan Rakyat semasa saya membahas ialah kerana saya tidak relevan lagi.

“Gambar ini diambil oleh sahabat UMNO saya pada petang tadi. Tanpa saya di dewan pun, menteri dan timbalan menteri PH tetap hilang,” kata bekas Perdana Menteri itu di Facebook beliau sebentar tadi.

Gambar suasana Dewan Rakyat yang memaparkan kerusi kosong di kawasan menteri dan timbalan menteri itu dirakam ketika Najib berada di ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk membantu siasatan berkaitan 1MDB.

“Kita tunggu alasan terbaru Kit Siang esok,” kata Najib ringkas tapi penuh makna sinis di status yang sama.

Terdahulu, semalam Najib berkongsi suasana Dewan Rakyat di bahagian Ahli Parlimen kerajaan yang hampir kosong ekoran tindakan Ahli Parlimen, menteri dan timbalan menteri ‘ponteng’ persidangan.

“Bila saya tulis di FB, ada yang panggil saya bawa ke Parlimen. Bila saya bawa ke Parlimen, ramai menteri dan timbalan menteri hilang. Lain kali saya tulis di FB, sudah.

“Mungkin kebanyakan menteri ada temujanji lunch awal. Mungkin juga ada satu dua yang terpaksa rehat tengah hari kerana tidak dapat tidur malam,” ujarnya secara sarkastik.

Status Najib itu kemudian viral di media sosial dengan kebanyakan netizen mengecam Ahli Parlimen kerajaan termasuk menteri dan timbalan menteri kerana gagal melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat. – SuaraTV

 

One thought on “Menteri Hilang Lagi Dari Dewan Rakyat, Salah Najib Jugakah?

  • October 24, 2018 at 10:36 pm
    Permalink

    Semua yg PH buat salah!! Yg korup tu betul pula?? Da rosak teruk..!! Salajkan org lain jahat sendiri tk cakap pula!! Da nyanyuk bengap biul mcm tu la tk sedar diri lupa awak da tumpas tumbang hancur musnah??? Korup tak habis2 ..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.