Mahathir Dakwa UMNO Sudah Tak Wujud, Realitinya UMNO Kekal Parti Terbesar – Tok Mat

SEREMBAN – UMNO akan terus wujud, berfungsi dan bergerak sebagai parti politik terbesar di Malaysia, kata Datuk Seri Mohamad Hassan.

Timbalan Presiden parti itu berkata, UMNO juga mempunyai lebih ramai ahli, pengundi dan kerusi di Parlimen berbanding parti lain.

“Kecuali beberapa Ahli Parlimen UMNO meninggalkan parti, tidak berlaku gerakan besar-besaran meninggalkan UMNO,” katanya.

Mohamad Hassan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini yang mendakwa kononnya UMNO sudah tidak wujud lagi.

UMNO ketika ini mempunyai 48 Ahli Parlimen selepas enam wakilnya bertindak meninggal parti atas pelbagai alasan susulan tekanan yang diterima dari kerajaan yang memerintah.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai Dr Mahathir pula memiliki 13 Ahli Parlimen, kini dalam tekanan untuk mengukuhkan kedudukan parti itu dalam PH.

Mohamad Hassan turut menolak dakwaan UMNO tidak lagi memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara juga tidak benar.

Beliau mengakui ketika ini UMNO dalam keadaan lemah susulan kekalahan pada PRU14 yang lalu namun parti itu komited meneruskan perjuangan dan bersedia untuk bangkit semula.

“Walaupun diakui ada beberapa pemimpin UMNO melakukan perhitungan tersasar, jangan kita menghukum jutaan orang Melayu yang bernaung di bawah UMNO.

“Mereka adalah ahli biasa yang tinggal di seluruh pelusuk tanah air dan tidak melakukan apa jua kesalahan,” katanya. – SuaraTV

2 thoughts on “Mahathir Dakwa UMNO Sudah Tak Wujud, Realitinya UMNO Kekal Parti Terbesar – Tok Mat

  • October 24, 2018 at 3:01 pm
    Permalink

    Realiti rasuah ada lah?? Pwnyamun!! Rosak da musnah hilang hancur!!!! Rasuah terlampau3 teruk??? Tu lah keje korang dulu???

    Reply
  • October 24, 2018 at 8:15 pm
    Permalink

    Poorah .. tk jadi apa pun!! Rosak teruk dah…!!perosak penipu…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.