Luahan Seorang Rakyat: ‘Rindu Zaman Mahathir’, Kalian Akan Dapat

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Seorang rakyat bernama Zam Yahaya membuat status di Facebooknya menyatakan kepada umum perkara yang kita minta akan dapat jika meminta sesuatu hajat atau keinginan.

Zam berkata demikian mengenai kehendak rakyat Malaysia sekarang ini yang kerap kali menyatakan ‘Rindu Zaman Mahathir’ sejak sebelum Pilihan Raya Ke-14 (PRU14) hingga selepas tumbangnya kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya dan Tun Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri yang ke-8.

Dalam statusnya itu, Zam memberitahu kebanyakan rakyat Malaysia sekarang ini mungkin tidak merasai keperitan ketika berlakunya krisis ekonomi pada tahun 1997 dan 1998 di bawah pemerintahan Tun Mahathir sewaktu pemimpin ini menjadi PM yang keempat.

Ini kerana, kehendak rakyat yang majoritinya adalah orang muda kini tidak merasai usaha ibu bapa mereka yang bersusah payah bekerja demi kelangsungan hidup di saat ekonomi dalam keadaan yang sangat membimbangkan.

“Bagi sesetengah daripada kalian yang ‘rindu zaman Mahathir’ mungkin kalian hanya ‘kanak-kanak’ pada waktu itu dan tidak merasai kesakitan yang dialami oleh ibu bapa kalian,” tulis Zam.

Bercerita keperitan dan kesedihan hidupnya yang berjuang untuk bekerja demi menyara keluarga, Zam memberitahu dia mengalami tiga kali kejatuhan dalam pekerjaan yang diusahakan.

“Tahun 1998 di mana tahun kemuncak krisis ekonomi, saya meraikan hari lahir Nadya yang ke-3 tahun dengan hanya 5 beranak. Ali ketika itu berusia dua tahun dan Aisha hanya dua bulan. Saya baru sahaja berhenti kerja sebagai Pengurus Bendahari di sebuah institusi kewangan dengan cubaan menyelamatkan perniagaan bowling saya tetapi, ia musnah tidak lama selepas itu.

“Akhirnya, saya belajar membuat dan menjual biskut dengan bantuan orang gaji saya dari Pattani dan Indonesia yang ketika itu mereka tidak mahu pulang ke negara masing-masing walaupun sudah beberapa bulan saya tidak membayar gaji mereka disebabkan keadaan yang sangat terdesak,” luah Zam.

Tambah Zam, hatinya berasa perit buat kali kedua apabila kehilangan pekerjaan buat kali kedua selepas berusaha mendapat pekerjaan baharu  pada awal tahun 2000 akibat krisis ekonomi yang tiada penghujung.

Zam memberitahu ia terjadi kerana dasar kapitalisma yang diamalkan oleh Tun Mahathir dan kroninya yang membawa kepada masalah kewangan terbesar pada tahun-tahun itu.

“Kesusahan mencari pendapatan berlangsung selama setahun sebelum saya mendapat pekerjaan dalam Capital Market pada awal tahun 2000. Kemudian, mengalami kemelesetan ekonomi sebanyak tiga kali di bawah pemerintahan Mahathir. Saya hilang pekerjaan buat kali kedua dan terpaksa sekali lagi meletakkan jawatan selepas kemelesetan ekonomi kali ketiga. Institusi kewangan tempat saya bekerja itu seperti berada di ambang kejatuhan dan tiada cara dapat diselamatkan.

“Ia betul-betul menyakitkan buat kali kedua ia terjadi memandangkan saya perlu menyara tiga orang anak. Saya boleh memberitahu apa yang berlaku dan kenapa sistem kewangan negara kita meruntuhkan seluruh kewangan negara ini. Saya boleh bercerita seperti sebuah buku. Pendek kata, ia disebabkan oleh dasar ekonomi kapitalisma yang diamalkan oleh Mahathir dan kroninya yang menjadi punca utama ekonomi negara berdepan dengan krisis kewangan yang terbesar,” beritahu Zam.

Justeru itu, Zam memberitahu apabila ramai pihak sering kali mengucapkan ‘rindu zaman Mahathir’, ia akan terjadi dalam masa satu atau dua tahun ini biar pun dia berharap tekaannya salah berdasarkan pemerhatiannya mengenai pemerintahan yang sama diamalkan oleh PM ketika ini.

“Tetapi, dengan cara negara kita ditadbir sekarang ini, mungkin keinginan dan kehendak kalian akan tercapai dalam masa satu atau dua tahun ini.

“Jadi, Saya berharap saya salah. Betul-betul berharap ia salah,” katanya.

 

 

2 thoughts on “Luahan Seorang Rakyat: ‘Rindu Zaman Mahathir’, Kalian Akan Dapat

  • October 24, 2018 at 11:53 pm
    Permalink

    Yer,setuju statement atas.nanti 1 atau 2 tahun budak2 kpop dan pee hee ni dpt lah balasan. Aku dah rasa masa penghujung Y2K tu..pada muka ko.

    Reply
  • October 27, 2018 at 8:24 am
    Permalink

    gen Y sekarang rasanya cukup dengan upah minimum RM1050 buat sara hidup… banyak kemudahan percuma zaman PH ni… tol, minyak, makanan dan pendidikan semua dah murah atau percuma… zaman Mahathir ni dan boleh beri duit lebih kepada ibu bapa setiap bulan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.