Komen ‘Geli Hati’ Netizen Isu Tok Moh Nak Bagi Penendang Kuda Pada EXCO Melaka

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Video berjudul ‘Jangan Biadap, Kalau Tak Nak Kena Penendang Kuda, Kata Raja Bomoh Pada Exco Melaka’ mendapat pelbagai komen dari netizen yang rata-ratanya geli hati dengan kenyataan Ibrahim Mat Zin atau Tok Moh, yang menggelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Malaysia mengenai kes seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (EXCO) Melaka yang bertindak kurang ajar kepada penduduk di sebuah taman di Melaka.

Di Youtube, netizen rata-ratanya ketawa dan meninggalkan komen yang lucu memberi reaksi kenyataan ‘garang’ Tok Moh dan komen-komen itu bersambung antara netizen.

Ada yang menyatakan pendirian mereka bersetuju dengan kenyataan Tok Moh mahu memberi penendang kuda kepada EXCO tersebut sebagai pengajaran kerana bersikap kurang ajar kepada rakyatnya.

Seperti Mr Awesome, dia meninggalkan komen setuju dan menyokong tindakan Tok Moh. Selain itu, Dodori Live memberikan cadangan agar menghantar santau kepada EXCO terbabit.

Seperti komen Drug Expert, dia bersyukur kerana Tok Moh sudah pun bertaubat apabila mampu memberikan nasihat dari segi agama kepada EXCO tersebut. GT Crew Team pula berkata,  dia bersetuju kenyataan Tok Moh di mana setiap perbuatan yang dilakukan oleh manusia akan dihisab dan ditimbang ketika di Padang Mahsyar.

 

 

 

 

 

Banyak lagi komen yang ditinggalkan oleh netizen dan terdapat hampir 670 komen dan ditonton lebih dari 135,000 penonton.

Namun, terdapat juga komen netizen yang kurang bersetuju dengan kata-kata ‘garang’ yang dibuat oleh Tok Moh dan mahu raja bomoh tersebut menilai dirinya dulu sebelum memberikan komen sikap dan tindakan seseorang.

Kecoh pada Oktober lalu, EXCO Melaka, tular sebuah video Norhizam dilihat mengherdik penduduk kampung sebagai ‘tidak sekolah’ kerana membantah penutupan Jalan Pulau Nibong-Taman Akasia di Batu Berendam.

Dalam penjelasan mengenai penutupan jalan itu, Norhizam berkata Jalan Kampung Pulau Nibong-Taman Akasia ditutup demi keselamatan rakyat kerana mendakwa terdapat kes kemalangan dan kecurian berlaku akibat aliran trafik yang tinggi di jalan tersebut.

Ekoran dari video tersebut, Tok Moh telah memberikan pandangan dan reaksinya kepada Norhizam agar tidak bersikap biadap dan seharusnya menyelesaikan perkara itu dengan cara baik demi penduduk taman tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.