Kerajaan Johor Pembuat atau Perosak Dasar?

KUALA LUMPUR – kategori baharu Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) berharga RM250,000 tidak menggambarkan dasar yang mengutamakan rakyat, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor Mohd Hairi Md Shah.

Menurutnya, jika Barisan Nasional (BN) sebelum ini menetapkan harga RMMJ tidak melebihi RM150,000 lebih membuktikan dasar kerajaan ialah mengutamakan rakyat berbanding apa yang dilakukan Pakatan Harapan pada hari ini.

“Mengapa harga rumah RM250,000 dikategorikan sebagai RMMJ? Sedangkan dasar sebelum ini menetapkan RMMJ tidak akan melebihi harga RM150,000.

“Adakah dasar ini sudah dibincangkan diperingkat Menteri Besar dan keputusan dasar baharu itu sudah diwar-warkan kepada rakyat?,” beliau mempertikai.

Mohd Hairi pada akhirnya menyifatkan bahawa kerajaan negeri tersebut perosak dasar kerana tidak membuat kajian terlebih dahulu secara terperinci,

Juster tambahnya Pergerakan Pemuda UMNO Johor mahu Exco Jawatankuasa Perumahan Dan Pembangunan Luar Bandar Dzulkefly Ahmadberkaitan dan Menteri Besar Datuk Osman Sapian menjelaskan perkara ini kepada rakyat agar mereka tidak terus ditipu dengan tindakan kurang bijak seperti ini.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.