Isu PTPTN: Mereka Yang Hasut Jangan Bayar, Saya Yang Kena? – Najib

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak pening dengan kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching yang mendakwa beliau sebagai punca kutipan bayaran balik hutang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) rendah sejak awal tahun 2018, di Parlimen hari ini.

Najib dalam status di Facebook berkata, beliau disalahkan kerana kutipan bayaran hutang balik rendah sedangkan sebelum ini kerajaan Pakatan Harapan yang bertindak menghasut peminjam PTPTN untuk tidak membayar hutang dan meminta melakasanakan pendidikan percuma dari kerajaan Barisan Nasional, dahulu.

“Ada sesiapa boleh jelaskan apa dia kata? Berkira pula dia pasal duit PTPTN sekarang.

“Mereka yang janji mansuh PTPTN dan hasut pelajar jangan bayar, tapi saya pula yang kena? Dia salahkan saya kerana ada pelajar tidak bayar balik seawal 6 bulan selepas tamat pengajian,” tulis Najib.

Teo Nie Cheng mendakwa, dasar kerajaan BN dahulu yang melaksanakan pemanjangan tempoh bayaran balik selepas setahun tamat belajar telah menyebabkan kutipan hutang PTPTN menjadi rendah.

Najib sebaliknya berkata, dasar tersebut dibuat bagi membantu peminjam-peminjam PTPTN untuk membuat persediaan pembayaran semula selepas 12 bulan menangguhkan bayaran.

“Ya betul, saya mengaku. Saya yang luluskan dasar di mana bulan ke-13 selepas tamat belajar, barulah pelajar mula bayar pinjaman.

”Salahkah saya buat begitu? Nak bantu belia kita pun tak boleh?” tulisnya.

Justeru itu, Najib mempersoal tindakan menteri-menteri di Putrajaya yang dibuat bagi membantu peminjam-peminjam untuk membayar hutang semula.

Tie Nie Chong mendakwa terlalu sukar untuk mendapatkan semula kutipan bayaran hutang semula PTPTN sebanyak RM4 bilion seperti sebelum ini selepas dasar “grace period” yang diwujudkan oleh Najib.

Malah, dia menafikan kutipan menjadi rendah adalah kerana perlaksanaan pengeluaran nama peminjam yang disenarai hitamkan yang telah dikeluarkan dari sistem pinjaman.

Timbalan Menteri itu juga tetap berkata peminjam harus membayar hutang PTPTN walaupun dalam kadar yang rendah meski pun tangga gaji adalah di bawah RM4,000 sebulan.

5 thoughts on “Isu PTPTN: Mereka Yang Hasut Jangan Bayar, Saya Yang Kena? – Najib

  • October 24, 2018 at 8:17 pm
    Permalink

    Duk diam lah?? Tnggu jer apa hukuman menanti…@ rosak yeruk dah hancur musnah…meluat sampah benci tgk!!! Penipu..

    Reply
  • October 24, 2018 at 8:19 pm
    Permalink

    Tk sedar diri.. bongkak angkuh takbur sombong bodoh!! Rasuah.

    Reply
  • October 24, 2018 at 8:20 pm
    Permalink

    Khianat pd dymm agong.. negara ..bangsa ..rakyat!! Ini kah sunpah janji ikrar jawatan??

    Reply
  • October 24, 2018 at 8:25 pm
    Permalink

    Rampas semua gelaran pangkat..tk layak di hormati lagi… perosak negara…tipu rakyat malaysia.. kecewa pemimpin sentiasa 24 korup ..??

    Reply
  • October 24, 2018 at 8:28 pm
    Permalink

    Cpt2 lah jatuh hukum?? Dia rasa masih jadi menteri ker? Angkuh bongkak takbur sombong bodoh …!!! Mudah2an akan terbukti segala kejahatan mereka2 ini!!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.