Himpunan Solidariti Untuk Najib dan Irwan Di Mahkamah Esok

PUTRAJAYA – Pengerusi Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam menyeru rakyat Malaysia hadir beramai-ramai ke mahkamah pagi esok untuk menyatakan sokongan moral kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

“Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur esok 8.00 pagi 25/10/2018.  Alhamdulillah, beliau (Najib) tidak ditahan hari ini.

“Sehubung dengan itu, saya menyeru  kepada semua rakyat Malaysia yang menolak penganiayaan keatas bekas pemimpin dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan untuk hadir beramai-ramai bagi menyatakan #Solidariti4NajibRazak dan #Solidariti4IrwanSerigar.

“Jangan biarkan penganiayaan demi penganiayaan terus dilakukan keatas bekas Pemimpin dan Penjawat Awam negara ini. Ayuh turun dan berikan sokongan moral kepada mereka. Pakaian bebas,” kata Lokman dalam satu kenyataan. 

Najib dan Mohd Irwan Serigar akan didakwa di mahkamah esok berhubung siasatan beberapa kes pecah amanah yang telah dilakukan oleh mereka melibatkan wang milik Kerajaan Malaysia.

Terdahulu, kedua-dua mereka hadir ke Ibu Pejabat SPRM di sini petang tadi secara berasingan untuk melengkapkan proses akhir siasatan dan pendakwaan tersebut.

Najib tiba pada jam 1.53 petang manaka Mohd Irwan tiba pada jam 3.25 petang. 

Najib kemudian beredar meninggalkan SPRM pada pukul 5 petang tadi,

namun Mohd. Irwan ditahan selepas memberi keterangan pada pukul 3.35 petang tadi. -SuaraTv 

One thought on “Himpunan Solidariti Untuk Najib dan Irwan Di Mahkamah Esok

  • October 24, 2018 at 8:13 pm
    Permalink

    Demo lah tangkap semua?, bodoh mcm kayu..! Org salah korang bela.. kerja betul korang kata zalim…tk ke bodoh sgt korang semua ni!! Benak hati korang memang kotor jijik najis sama mcm ketua nya!!
    Duit gst billion hilang mana??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.