Wanita Ini Mohon Cerai Selepas Dituduh Murtad, Enggan Solat Sehingga Bercerai

Seorang wanita, Asiah Abdul Jalil telah mencetuskan kontroversi dengan memfailkan perceraian selepas mendakwa suaminya menuduh dia sebagai murtad kerana berkawan dengan aktivis liberal, Siti Kassim.

Dalam entri di Facebooknya Asiah memberitahu memberitahu bahawa suaminya telah menunjal kepala dan badannya untuk mengejutkannya bagi solat subuh.

Namun Siti Asiah berkata, dia enggan solat sehinggalah mereka bercerai dan selepas bercerai nanti barulah dia akan qadha semua solatnya.

Menurut Asiah, kes peceraiannya itu telah selesai didaftarkan dengan perbicaraan akan diadakan pada 9 November ini.

Selain murtad, dia juga memberikan alasan tiada lagi persefahaman – syoqaq berpanjangan serta pendirian politik yang berbeza di mana suaminya didakwa terlalu taksub dengan parti PAS.

Dalam pada itu, suami Asiah, Mohd. Hatta Saadon ketika menjawab tuduhan isterinya itu menafikan bahawa dia telah menunjal kepala isterinya.

 

 

 

One thought on “Wanita Ini Mohon Cerai Selepas Dituduh Murtad, Enggan Solat Sehingga Bercerai

  • October 24, 2017 at 6:17 pm
    Permalink

    Inilah salah seorang waris peninggalan Ayah Pin…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.