Wanita Dibunuh Setiap 4 Jam Di Mexico

MEXICO – Data Institut Statistik dan Geografi Kebangsaan (INEGI) hari ini, mendedahkan dalam tempoh 10 tahun lalu, seorang remaja atau wanita dibunuh setiap empat jam di Mexico.

Dalam tahun 2007 hingga 2016, seramai 22,482 wanita dibunuh di 32 negeri.

Antara punca utama kematian ialah kecederaan akibat keganasan, lemas, digantung, dibakar atau ditembak.

Menurut INEGI siasatan terhadap kes pembunuhan ganas oleh Pejabat Pendakwa dan Pejabat Peguam Negara juga meningkat daripada 1,083 pada 2007 kepada 2,735 pada 2016, lapor MD.

Bandaraya Mexico, Guerrero, Hidalgo, Morelos, Puebla dan Tlaxcala paling banyak menyumbang kepada jumlah keseluruhan 8,065 kes pembunuhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.