Tujuh Tahun Jadi Thor, Chris Hemsworth Semakin Selesa

Hampir empat tahun menunggu, peminat akhirnya akan kembali bertemu dengan adiwira Thor menerusi intilasi ketiga adaptasi dari komik marvel itu berjudul, ‘Thor: Ragnarok’. Ini sekaligus menjadi tahun ke tujuh pelakon utamanya Chris Hemsworth sebagai Thor.

Bintang kelahiran Australia ini mengakui dia banyak melalui perubahan sepanjang tujuh tahun menghidupkan karakter Thor malah dia berpeluang bekerja di bawah arahan sutradara berbeza-beza.

“Saya sudah menjiwai karakter ini selama tujuh tahun, yang maa di satu sisi sudah seperti bertahun-tahun lalu tetapi kadangkala saya rasa seperti baru kelmarin kami menjalani penggambaran filem pertama,” tuturnya seperti yang dilaporkan media antarabangsa, lapor MD.

Mengimbas kenangan saat memulakan penggambaran filem pertama dahulu, pelakon berusia 34 tahun ini akui dia sangat kerana Thor merupakan besar pertama dalam kariernya

“Saat itu aku di bawah arahan Ken Branagh, dan beliau sangat luar biasa. Beliau menyuntik mood Shakespeare ke dalam filem itu ditambah dengan sejarah sekaligus berjaya membawa cerita komik menjadi nyata. Tidak ramai orang yang mampu melakukan itu,” tuturnya.

Thor mula ditayangkan pada tahun 2011 kemudian disusuli dengan sekual, Thor: The Dark World yang ditayangkan pada November 2013.

Manakala ‘Thor: Ragnarok’, Chris Hemsworth dipertemukan dengan sutradara Taika Waititi. Filem kali ini bakal memaparkan pergeseran karakter yang sangat signifikan dibanding filem Thor terdahulu.

“Film ini mengalami pergeseran karakter terbesar dan cara penceritaannya juga berubah. Semuanya digarap berdasarkan penglihatan Taika dan selera humornya, sikapnya, dan keinginannya untuk terus bereskplorasi.

“Kevin Feige dan pihak Marvel ingin melihat seberapa jauh kami mampu melakukannya. Jadi filem ini menjadi filem yang paling menyenangkan yang pernah saya jalani”, katanya.

Filem Thor: Ragnarok dijadualkan ditayangan di Amerika Syarikat mulai 3 November depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.