Semua Peserta AF Megastar Terima Hadiah Dari Aliff Syukri – Astro

KUALA LUMPUR — Semua peserta “AF Megastar” menerima hadiah, bukan hanya juara sahaja tetapi tidak disebut secara terbuka.

Ketua format dan program realiti Astro berkata empat finalis menerima mendapat hadiah sama rata kerana tiada tempat kedua dan ketiga, lapor mStar.

Malah, Namanzee Harris berkata semua peserta bukan bertanding percuma sebaliknya mereka diberi elaun setiap minggu kerana dianggap profesional. 

“Jadi ia bukan isu sama ada hanya Idayu sahaja mendapat hadiah,” katanya, mengulas kecaman terhadap Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang dituduh “kedekut”.

Alif Syukri melalui instagram menyatakan beliau menaja “berjuta-juta ringgit” untuk program itu tetapi pertandingan tersebut ada seorang pemenang sahaja.

“Kau ingat AF itu rancangan Aliff Syukri Kamarzaman ke? Tu rancangan Astro… ingat bila kita taja, kita boleh buat suka-suka ke apa yang kita nak?” katanya.

Idayu menerima wang tunai RM100,000 selain pakej percutian 10 hari tujuh malam untuk dua orang ke Turki selain hadiah sampingan lain dan trofi. Empat finalis lain adalah Bob, Marsha, Syamel dan Shahir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.