Pernikahan Sejenis Bikin Heboh, Ayu Akhirnya Mengaku Dia Adalah Lelaki

Muhammad Fadholi yang berusia 21 tahun dan isterinya, Ayu Puji Astutik, 23, telah membuatkan seluruh penduduk di Indonesia menjadi kecoh.

Ini kerana kedua-duanya dituduh bernikah sesama jenis di pejabat urusan agama.

Ayu dikatakan lelaki hinggakan mereka terpaksa dipanggil untuk memberikan keterangan.

Namun Fadholi dan Ayu tidak datang. Ketika menikah, maklumat yang diterima oleh pejabat agama ialah Ayu adalah perempuan manakala Muhammad Fadholi adalah lelaki.

“Pada saat menikah, datanya yang satu perempuan dan yang satu laki-laki. Jadi tidak ada yang aneh ketika itu,” ujar ketua pejabat urusan agama, Muhammad Erfan.

Bagaimanapun Muhammad Erfan berkata, pihaknya akan mengirim surat berhubung pembatalan pernikahan tersebut sekiranya mereka berdua disahkan sebagai adalah lelaki.


Sementara itu, ketika ditemui wartawan, Ayu berkeras menyatakan bahawa dia adalah perempuan tulen.

“Sumpah, Pak. Saya ini perempuan asli, dan saya siap membuktikan. Saya ini memang sudah lama difitnah,” kata Ayu.

Namun selepas diasak ramai, Ayu akhirnya pasrah dan memberitahu dia sebenarnya lelaki dan berkeinginan untuk melakukan pembedahan menukar jantina.

“Tetapi, kerena tidak ada biaya, akhirnya pasrah nunggu keajaiban,” kata Ayu yang berjanji untuk menjadi seorang lelaki tulen selepas ini.

Manakala Muhammad Fadholi pula berkata dia sangat malu dan tidak menyangka akan kejadian tersebut.

“Sebelumnya biasa-biasa saja. Kalau memang laki-laki tulen akan saya cerai. Saya benar-benar bimbang. Memang dulunya seperti itu,” ujarnya yang selama berkenalan tidak pernah berasa curiga terhadap Ayu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.