Pasangan Ini Bakal Menikah, Tapi Hal Mengerikan Terjadi 5 Hari Menjelang Pernikahan

Tidak ada yang lebih sedih apabila dua pasangan yang saling mencintai, tapi tidak dapat bersama. Seperti trgaedi yang dialami pada pasangan dari Taiwan ini pada lima hari sebelum menjelang pernikahan mereka. Mereka dipisahkan oleh maut setelah bakal pengantin perempuan mengalami kecelakaan parah.

Seperti yang dilaporkan oleh Next Shark, Ren Ai Ni dan tunangnya, Lu Chun-Hsien, telah bersama selama 13 tahun. Mereka memutuskan untuk  berkahwin  pada 1 Oktober. Namun, tragedi dahsyat berlaku ketika kedua-duanya sedang mempersiapkan hari bahagia mereka itu.

Pada 26 September, Ren sedang menyeberang di persimpangan di Taoyuan setelah berjumpa dengan doktor di hospital. Tanpa disangka bas hospital mengundur dan melanggar Ren. Akibat insiden tersebut, Ren meninggal sehari sebelum ulang tahunnya yang ke-32. Benar-benar tragis!

Calon suaminya sangat sedih ketika mendengar khabar tersebut dan memuat naik curahan hati yang menyedihkan di Facebook.

Postingan itu dimuat naik tepat pada 16 Oktober, ketika Ren dikebumikan.
Inilah yang dikatakan oleh calon suaminya:
“Ini adalah hari ke-19, aku tidak berbicara dengan mu. Hari ini, aku akhirnya memasangkan cincin ‘kita’ di jarimu. Kami berkahwin! Maaf jika kamu perlu menunggu dua minggu lagi. Namun kamu tidak boleh memasang cincin di jariku dan tidak boleh melihatku dengan busana perkahwinan ini. “

Lu mempersiapkan perkebumian yang luar biasa untuk mendiang calon isterinya. Dia memastikan bahawa pengebumian itu sama indahnya dengan perkahwinan mereka. Ada banyak bunga dan hiasan, gambar indah dari pemotretan ‘pre wedding’  mereka dan juga montaj video mendiang.

Selain itu, 400 tetamu juga boleh menulis hasrat mereka dan ucapan di kad. Laman Asia One melaporkan Lu  dilihat menangis sepanjang upacara dan tidak boleh bercakap ketika berada di pentas.

Sementara itu, pemandu bas dan wakil hospital turut menghadiri majlis yang diiringi dengan bunga dan permintaan maaf. Malangnya, tiada jumlah jambakan bunga boleh menghidupkan Ren.

Sehari selepas pengkebumiannya, Lu menulis di Facebook-nya lagi dengan mengatakan hal ini:
“Walaupun saya sendirian sekarang, saya akan terus bergerak maju dengan berani. Ia agak sukar sekarang dan saya memerlukan lebih banyak masa. Jadi izinkan saya untuk merindukanmu lebih lama sedikit, dan mengingati betapa baiknya kamu bagiku, kasih sayangmu dan semua hal yang  pernah kita lakukan, sehingga aku dapat meneruskan hidup. Dalam kehidupan seterusnya, saya harap kamu akan berkahwin dengan saya lagi.”

Keluarga mereka tengah melalui proses undang-undang untuk kematian Ren dan akan bercakap dengan pihak hospital selepas upacara berakhir.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.