KJ Bengang Dengan Promosi Produk Di Instagramnya

SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bengang apabila satu promosi produk tinggi di laman Instagramnya.

Menurutnya, promosi tersebut adalah tipu dan tidak masuk akal.

“Tolong jangan promosikan produk ‘fake’ anda di Instagram saya. Tiada produk yang boleh tambah ketinggian untuk orang dewasa.

“Kamu tunggu saya buat aduan pada Kementerian Kesihatan.

“Ini semua tipu dan awak salah pilih orang lah, tinggi saya 182CM,” tulisnya.

Petik Sinar, promosi tersebut melibatkan produk yang boleh menambahkan ketinggian menggunakan akaun Product_Sihat.My.

Sementara itu, netizen menyokong tindakan KJ  tersebut  seperti pengguna Instagram.

Ada juga netizen yang meminta agar KJ bersabar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.