Jijik…Ulat Berenga Dalam Mulut Wanita Yang Malas Gosok Gigi

Ini adalah detik-detik menjijikkan yang terpaksa dihadapi oleh seorang doktor gigi. Apa tidaknya, mulut pesakit yang dirawatnnya dipenuhi dengan ulat berenga.

Berenga berkenaan selalunya ditemui pada daging yang mereput. Tetapi kini ia berlaku kepada seorang pesakit perempuan.

Gigi kuningnya yang rosak telah menyebabkan gusinya terhakis, iaitu tanda jelas di mana kebersihan gigi dan gusi diabaikan.

Klip video mengenai ulat berenga itu dirakamkan di India dan telah dimuatnaik dalam Liveleak dan telah ditonton lebih 3,000 kali.

Klip video berdurasi 56 saat itu juga memperlihatkan berenga itu keluar tatkala gigi wanita itu dicabut.

Meskipun tiada diagnosis rasmi dibuat namun wanita itu kelihatan seperti menderita ` myiasis’ yang berasal dari perkataan Latin iaitu ‘myia’. Myia bermaksud terbang manakala ‘iasis’ bermaksud penyakit.

Dalam kes ini, larva lalat boleh memakan tisu hidup atau tisu mati. Apabila tisu dalam rongga mulut diserang parasit, ia dikenali sebagai myiasis oral.

Mereka yang berisiko diserang keadaan itu kebanyakannya berlatar belakang sosial yang miskin atau mereka yang mengalami luka dan kecederaan teruk di muka.

Ia juga sering berlaku di kawasan dengan iklim yang lebih panas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.