Interpol Tak Minat Dengan Kes Jho Low

Sebuah portal telah melaporkan bahawa kapal layar yang membawa ahli perniagaan Jho Low atau Low Taek Jho, telah berlabuh di di Sabang, iaitu sebuah bandar di Pulau Weh, di Aceh Utara, pada kira-kira jam 9 pagi waktu Malaysia.

Laporan itu berdasarkan kepada laman web maritim MarineTraffic, Equanimity. Apa yang ingin disentuh di sini bukannya mengenai kedudukan Jho Low tetapi bagaimana beliau, yang dikaitkan dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bebas bergerak ke merata dunia.

Bayangkan, jika benar Jho Low dikehendaki oleh Interpol dan jika beliau adalah penjenayah, kenapa sehingga sekarang Interpol tidak menahannya? Jika Equanimity boleh mengesan kedudukan Jho Low, tidakkah sesuatu yang pelik sekiranya Interpol tidak boleh mengesan Jho Low?

Sedangkan nama Jho Low telah lama dikaitkan dengan 1MDB dan sering bermain di bibir pembangkang. Bukan itu sahaja, pada bulan Mei lalu, Wall Street Journal melaporkan bahawa pihak berkuasa Amerika Syarikat berhasrat untuk memfailkan tuduhan jenayah terhadap Jho Low.

Tapi peliknya Jho Low masih bebas bergerak ke merata tempat,

Ini menunjukkan bahawa 1MDB bukan satu isu jenayah. Walaupun pembangkang cuba memainkan isu berkenaan hingga ke Parlimen, namun jawapannya tetap sama iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menutup fail mengenai Jho Low dan tiada lagi permintaan oleh Interpol terhadap kes berkenaan.

Yang peliknya, kenapa pembangkang masih mencetuskan isu mengenai pencarian semua Jho Low dan kenapa Mohamed Azmin Ali membangkitkan isu itu di Parlimen semalam? Kenapa beliau mahu PDRM mendapatkan khimat Interpol untuk mengenalpasti kedudukan Jho Low?

Jawapannya adalah kerana mereka mahu menghidupkan semula isu 1MDB ini untuk dijadikan bekalan kempen pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 kelak.

Apa yang pasti, jangan sampai kita terikut-ikut dengan rentak pembangkang yang sebenarnya sudah kehabisan modal. Mereka cuba memainkan isu kononnya Jho Low ini dikehendaki oleh banyak pihak di luar negara.

Jika perkara itu benar, kenapa Jho Low masih bebas bergerak ke seluruh dunia. Tiada berita pun mengenai tangkapan beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.