Gadis Berhijab Promo Saiz Dada, Punggung Viral Di Media Sosial

KUALA LUMPUR – Video promo pengenalan diri dua gadis berhijab berkongsi maklumat peribadi dan saiz bentuk tubuh mereka kini tular di media sosial.

Memetik laporan mStar Online, menerusi video berdurasi 40 saat itu kedua-dua gadis itu memperkenalkan diri dan memperincikan ukuran badan tanpa segan silu.

“Paras ketinggian saya 154sm (sentimeter), mempunyai berat 30kg (kilogram).

“Saiz ukuran badan pula… saiz ukuran dada ** inci… saiz **, ukuran pinggang pula 32 inci dan saiz ukuran punggung 42 inci,” kata seorang gadis berusia 20 tahun berbaju ketat merah jambu.

Satu lagi video lain menunjukkan seorang gadis berhijab berbaju hitam yang ketat dan sendat turut berkongsi perkara yang sama.

“Umur saya 24 tahun. Tinggi saya 156sm, berat saya 56kg. Buah dada saya ***, pinggang saya 28 inci. Terima kasih…,” katanya dengan nada manja.

Susulan video tular itu, mStar melaporkan rata-rata netizen menyuarakan rasa terkejut dan marah dengan keberanian gadis berkenaan berkongsi perkara peribadi sedemikian.

“Tak guna kau pakai tudung kalau masih tersembul buah dada kau tu. Sama je dosa kau kalau buka tudung tu,” kata seorang netizen.

“Ni lagi satu kes. Apa ke hal minah-minah tudung sekarang ni? Tak fahamlah. Nanti dikutuk, marah pula. Terang-terang kau dah tunjukkan shape body (bentuk badan) kau. Tentulah macam-macam komen kau dapat,” kata seorang lagi netizen.

Bagaimana pun, kedua-dua gadis itu turut meraih simpati netizen yang beranggapan mereka berkemungkinan menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Syak ada orang suruh dia buat video untuk model atau apa-apa, dan dia ****** pergi buat dan hantar,” kata seorang netizen.

“Ni dia hantar untuk jadi model lah… orang yang tak bertanggungjawab yang sebarkan,” kata seorang lagi netizen. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.