Fezrul Jawab Gosip Cinta Dengan Dayana Roza

Pelakon Fezrul Khan menafikan spekulasi yang mengatakan dirinya sedang bercinta dengan aktres Dayana Roza.
 
Menurut Fezrul, dia sudah berkawan lama dengan Dayana dan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang sahabat.
 
“Saya dan Dayana tidak ada apa-apa hubungan istimewa, lagipun kami berdua dah lama kenal dan berlakon pula dalam drama yang sama.
 
“Drama terbaru kami berjudul Seputih Cinta Rembulan dan faham-faham sajalah, bila berlakon dengan kawan-kawan, tengok muka pun dah rasa nak tergelak.
 
“Nak kata kami rapat disebabkan drama itu tidaklah. Mana ada saya dan Dayana bercinta, hanya kawan sahaja,” katanya ketika ditemui selepas sidang media Anugerah Skrin 2017 baru-baru ini, lapor Gempak.
 
ASK 2017 bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 3 November depan.
 
Dalam pada itu ditanya mengenai soal jodoh, Fezrul memberitahu mahu fokus pada kerjaya terlebih dahulu.
 
“Dah lama bujang bagi saya itu tidak menjadi satu masalah, biarlah saya fokus pada kerjaya dulu dan kemudian barulah fikir pasal pasangan.
 
“Setakat ini belum ada yang cuba masuk ‘line’, kalau ada jodoh tu adalah,” ujarnya ringkas.
 
Fezrul dan Noorhafizah mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2012. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata berusia dua tahun bernama Farrel Khan sebelum bercerai pada tahun 2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.