Che Ta Hamil?

Jurugambar peribadi Rozita Che Wan, Annas Easkey memberikan bayangan pelakon itu kini sedang hamil.

Annas Easkey menerusi akaun Instagramnya semalam mula mengucapkan tahniah kepada pelakon yang lebih popular disapa Che Ta itu sebelum mengemaskini sekali lagi akaun media sosialnya pagi tadi, lapor Gempak.

“Tak sabar tunggu adik baru Aaisyah Dhia Rana,” tulisnya semalam.
 
“Kak Yam (Rozita Che Wan) doa yang baik-baik sahaja tetapi yang paling penting Jus Goyang Rapat memang mendapat,” tulisnya.
 

Che Ta, 44, sekadar membalas ruang komen foto tersebut dengan emoji senyum namun sehingga kini masih belum memberikan respons terhadap khabar angin itu.

Peminat pula mula mengucapkan tahniah di ruang komen Instagram Annas Easkey dan Che Ta sendiri.

Pengacara Primadona itu mendirikan rumah tangga dengan pelakon Zain Saidin pada Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia tiga tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!