Baru Saya Tahu Kenapa Orang Suka Sangat Drama Korea Kata Juliana Evans

Pelakon Juliana Evans menjadikan drama Korea sebagai rujukan untuk drama mini bersiri online Mata Cinta.
 
Menurutnya, selepas menonton beberapa buah drama, barulah dia memahami mengapa drama Korea begitu popular di seluruh negara.
 
“Secara jujurnya saya memang agak kurang menonton drama Korea tetapi saya lebih berminat dengan filem-filem mereka.
 
“Pada pendapat saya, filem-filem Korea yang dihasilkan kebanyakannya hebat-hebat belaka.
 
“Saya juga tahu memang ramai orang yang gilakan drama Korea sehingga menjadi fenomena di seluruh negara.
 
“Saya akui sebelum memulakan penggambaran Mata Cinta memang ada cuba menonton satu dua drama dari negara berkenaan untuk dijadikan rujukan.
 
“Sebab tak boleh nak elak rasa ingin tahu apa yang membuatkan begitu ramai orang suka dengan drama Korea termasuklah ahli keluarga saya.
 
“Bila dah tonton barulah saya dapat serba sedikit jawapanya. Ibu saya pun kata drama Korea ini kebanyakannya lebih ringan dan ‘simple’,” katanya lapor Astro Gempak.
 
Dalam perkembangan lain, Jue bakal muncul sebagai hos untuk program Mahligai Cinta yang bakal bersiaran pada tahun depan.
 
Juliana akan mula memasuki set penggambaran Mahligai Cinta bermula November depan.
 
Selain Jue, Mata Cinta juga turut dibintangi oleh Julien Buteau, Syamim Farid, Aush Abdul, Sasha Saiden dan Dynas Mokhtar.
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.