Video : Pembangkang Jangan Jadi Seperti Lagu ‘Bangau Oh Bangau’ – Noh Omar

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan, Tan Sri Noh Omar mengingatkan pembangkang agar tidak menjadi seperti lagu ‘Bangau Oh Bangau’.

 

Beliau berkata demikian, selepas mengulas mengenai dakwaan pembangkang terhadap isu air Selangor yang melibatkan loji rawatan air Sungai Semenyih adalah disabotaj oleh UMNO.

 

“Saya melihat kerajaan negeri seperti mana yang telah saya nyatakan, seperti lagu ‘Bangau oh bangau’!. Selagi kerajaan negeri mengamalkan budaya ‘bangau oh bangau’ ini, yang bererti akan mencari salah orang lain dan akan meletakkan kesalahan kepada kepada orang lain dan tidak mengakui kesalahan tersebut.

 

 

 

“Ini adalah budaya pembangkang daripada dahulu, kerja mereka hanya tahu mencari salah orang lain. Apabila berlaku kepada diri sendiri, mereka masih lagi ingin menuding jari ke muka orang lain, tapi dia lua tiga jari lagi tunjuk kepada diri mereka,”katanya di lobi parlimen hari ini.

 

Terdahulu, beliau mencabar Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar membuat laporan polis jika benar tindakan sabotaj terhadap loji rawatan air Sungai Semenyih berlaku.

 
Beliau juga menyelar kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang kerana menuduh UMNO menjadi dalang perbuatan sabotaj itu dengan berkata Azmin kehabisan alasan.- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.