Video : Nurul Izzah Minta Rahman Dahlan Jangan Serang Bersih

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pantai Dalam, Nurul Izzah Anwar meminta supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Rahman Dahlan supaya tidak menyerang Bersih.

 

Beliau menegaskan tidak memahami maksud sebenar mengapa Rahman bertindak menggunakan kuasanya selaku menteri untuk menyerang pertubuhan itu.

 

“Saya tidak faham mengapa beliau (Rahman) menggunakan kuasanya untuk menyerang Bersih sedemikian rupa.

 

“Adakah selepas ini mereka akan menuding jari kepada parti politik pembangkang dalam usaha untuk melenyapkan segala dokongan kepada parti dan entiti yang mereka sokong dan pilih. Jadi saya tidak fikir ini adalah alasan yang berasas dan saya berharap agar beliau dapat kembali kepada rasionaliti dan membuat keputusan sehaluan dengan kepentingan rakyat.

 

“Jangan cuba mempermainkan kuasa yang ada. Jangan cuba secara melulu kepada siapa khususnya kepada Bersih yang sudah banyak diserang, diasak dengan serangan seribu satu macam,”katanya diluar parlimen, hari ini.

 

https://www.youtube.com/watch?v=qQsNT0etGws&feature=youtu.be

 

Terdahulu, Abdul Rahman yang merupakan menteri bertanggungjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi (EPU) semalam berkata EPU dan Unit Kerjasama Swasta (UKAS) tidak lagi akan menganugerahkan kontrak kerajaan kepada mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan dengan Bersih.

 

Susulan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menafikan dakwaan bahawa kerajaan negeri itu turut menyenaraihitamkan banyak syarikat yang dikaitkan dengan parti politik tertentu.

 

Ia sebagai menjawab kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Rahman Dahlan sebelum ini yang berkata kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor juga berbuat demikian susulan cadangan Kerajaan Persekutuan menyenaraihitam syarikat yang didapati menaja Bersih yang didakwa menggugat keselamatan ekonomi negara.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!