Video : Noh Omar Cabar Azmin Lapor Polis Jika UMNO Sabotaj Air Selangor

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan, Tan Sri Noh Omar mencabar Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar membuat laporan polis jika benar tindakan sabotaj terhadap loji rawatan air Sungai Semenyih berlaku.

 

Beliau turut menyelar kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang kerana menuduh UMNO menjadi dalang perbuatan sabotaj itu dengan berkata Azmin kehabisan idea dan alasan untuk membuat tuduhan terhadap parti itu.

 

“Saya nak beritahu kepada Menteri Besar (MB) (Azmin) kita nak menang Pilihan Raya bukan dengan cara kotor, bukan dengan cara nak menyusahkan rakyat.

 

“Kalau benar MB ada bukti yang kukuh, bahawa berlakunya sabotaj di Sungai Semenyih, saya cabar MB untuk membuat laporan polis ataupun laporan kepada pihak berkuasa. Bagi kerjasama dengan pihak berkuasa. Kita nak tengok betul atau tidak dakwaan adanya sabotaj. MB pun kata dia ada bukti apalagi tunggu?. Kalau ada bukti, Ayuh! serah kepada pihak berkuasa, biar sahaja pihak berkuasa siasat,”katanya ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

 

Katanya, namun jika kerajaan negeri gagal untuk merancang, bermakna mereka gagal.

 

“Tapi Azmin jangan lupa perancangan kerajaan negeri. Jika kerajaan negeri gagal untuk merancang bermakna mereka gagal.

 

“Sampai bila pun masalah itu tidak boleh selesai selagi kerajaan negeri tidak serius untuk menangani masalah pencemaran air di sungai selangor,”katanya.

 

Semalam, Azmin menyalahkan parti pemerintah di atas pencemaran itu dengan mendakwa ia dilakukan untuk melemahkan keupayaan kerajaan negeri dalam menangani isu itu.
Timbalan presiden PKR itu juga mendakwa kerajaan negeri mempunyai “bukti kukuh” yang menyokong dakwaan itu.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai bukti yang mengaitkan Barisan Nasional dan UMNO terhadap pencemaran itu.- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.