Video : Lim Guan Eng Minta Tunjukkan Bukti Salah Laku Di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR – “Ini memang cara dan budaya UMNO dan menteri tersebut. Mereka suka lemparkan semua fitnah-fitnah. Terpulang kepada beliaulah,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, ditemui di lobi Parlimen hari ini.

 

 

Beliau menafikan dakwaan bahawa kerajaan negeri itu menyenaraihitamkan banyak syarikat yang dikaitkan dengan parti politik tertentu sebagai menjawab kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Rahman Dahlan sebelum ini berkata kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor juga berbuat demikian susulan cadangan Kerajaan Persekutuan menyenaraihitam syarikat yang didapati menaja Bersih yang didakwa menggugat keselamatan ekonomi negara.

 

https://www.youtube.com/watch?v=UaVOJ8tD7M8&feature=youtu.be

 

“Kalau ada tunjukkanlah bukti. Jangan hanya membuat fitnah. Tujuan utamanya, adalah untuk mengalihkan perhatian kepada Belanjawan yang telah dibentangkan oleh PM. Dimana sebenarnya, tidak membantu rakyat (Bajet 2017). Bagi BR1M tambah RM200 tapi kenaikan harga minyak masak, kenaikan tol, akhirnya kenaikan (B1M) tadi tak cukup pun untuk menampung kenaikan harga.

 

“Kalau kita lihat kenaikan harga minyak masak seorang kalau membayar lebih daripada RM50 ke RM100 setahun. Untuk satu keluarga sudah lebih RM250, tak cukup untuk menampung kenaikan BR1M yang diberikan,”katanya yang melahirkan kekesalan dengan Bajet 2017 yang disifatkan langsung tidak membantu rakyat berhadapan dengan kos hidup yang tinggi.
Terdahulu, Abdul Rahman yang merupakan menteri bertanggungjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi (EPU) semalam berkata EPU dan Unit Kerjasama Swasta (UKAS) tidak lagi akan menganugerahkan kontrak kerajaan kepada mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan dengan Bersih.-SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!