Rumah Tangga Pelakon Thor Kini Goyah?

Mereka adalah pasangan yang menarik dan sering digambarkan begitu bahagia bersama tiga anak mereka namun menurut majalah Woman’s Day, perkahwinan pelakon Thor, Chris Hemsworth, 33, dengan isterinya, Elsa Pataky kini sedang berantakan.

 

“Mereka memerlukan ruang dan berehat daripada satu sama lain untuk seketika,” dakwa majalah berkenaan.

 

Malahan, Elsa, 40, telah terbang ke negara kelahirannya, Sepanyol bulan lepas bersama anak-anaknya, India, empat tahun dan pasangan kembar Tristan serta Sasha. Mereka menghabiskan masa bersama rakan-rakan manakala Chris pula berada di Brisbane dan Gold Coast, untuk penggambaran filem barunya, Thor.

 

 

Majalah itu melaporkan ketidakhadiran Elsa ketika Chris menonton perlawanan akhir AFL juga mencetuskan spekulasi apatah lagi Chris menghabiskan masa bersama adiknya, Liam serta ibu bapanya, Craig dan Leonie.

 

 

Manakala Elsa yang pernah membintangi Fast & Furious, telah beralih kepada adiknya, Cristian Prieto sebagai sokongan.

 

 

Majalah itu juga melaporkan keputusan Chris yang berkahwin dengan tergesa-gesa ketika dia berusia 27 tahun juga menjadi sebahagian daripada isu yang dialami pasangan berkenaan.

 

 

Bagaimanapun bintang The Thor itu telah menutup khabar angin berkenaan dengan memuatnaik gambarnya bersama Elsa dalam instagramnya pada Isnin untuk menunjukkan bahawa mereka masih bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.