Nabil Persenda Elly Mazlein Isu ‘Berpisah’ Di Konsert Gegar vaganza

Pelawak dan pengacara Gegar vaganza Musim ketiga, Nabil Ahmad nyata tampil sekali lagi membuat kontroversi apabila beliau membuat lawak yang dianggap biadap oleh netizen dan seperti mempersendakan peserta Gegar Vaganza, Elly Mazlein.

 

Insiden tersebut berlaku selepas Elly Mazlein selesai menyampaikan lagu Berpisah Jua dan Nabil membuat satu ‘lawak biadap’ terhadap Elly Mazlein yang dianggap tidak sensitif terhadap situasi semasa artis tersebut.

 

“Macam ini punya cantik pun berpisah jua ke?” katanya selesai persembahan Elly.

 

Nabil seperti tidak sensitif terhadap terhadap isu Elly Mazlein dan mengulangi ayat tersebut beberapa kali sehingga air muka Elly Mazlein berubah.

 

Elly Mazlein yang baru sahaja berpisah dengan suaminya kini mencari semangat baru untuk berjuang dan kenyataan nabil ini dilihat tidak peka terhadap perasaan Elly.

 

Rata-rata dari netizen mengecam ‘lawak biadap’ Nabil ini di laman Twitter.

 

“Weh aku harap Nabil Baca tweet ini, kau ingat lawak ke tanya soalan macam tu? tak payah try hard nak buat lawak bodoh #GegarVaganza3 ” kata ianzainal.

 

“Hotak nabil ni, tak lawak la lawak pasal personal Elly Mazlein camtu, u need be more sensitive, learn from Zizan #GegarVaganza3 ” ujar hudazainal.

 

“Nabil ni memang tak ada adab masa mengacara? There’s fine line between making a joke and probing someone’s privacy #GegarVanganza3 ” kata azrilizuan.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.