Jawapan Kepada Putar Belit Tony Pua – Lim Sian See

Tulisan asal oleh :
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 23 Oktober 2016.
Saya mendapat banyak permintaan untuk menjawab kenyataan Tony Pua mengenai “bom jangka bajet tersembunyi Najib telah terdedah”.

 

 

Tony Pua pada dasarnya mengatakan bahawa Najib menyembunyikan defisit bajet di bawah Perbadanan Awam Bukan Kewangan yang mana beliau mengatakan bahawa defisit syarikat-syarikat ini adalah sangat besar dan dengan itu adalah bom jangka yang tersembunyi yang kerajaan akhirnya perlu selamatkan.

 

 

PABK termasuklah 29 syarikat berkaitan kerajaan utama termasuklah KTM Bhd, Telekom Malaysia, Malaysia Airlines Bhd, Malaysia Airport Holdings, Petronas, Prasarana, Syarikat Perumahan Negara, Tenaga Nasional, MRT Co dan Kumpulan UEM.

 

 

Beliau juga mengatakan bahawa defisit ini telah meningkat dengan ketara bagi tahun 2014, 2015 dan 2016.

 

 

Tony juga mengatakan bahawa “Tidak ada persoalan bahawa defisit PABK adalah bom jangka terbesar kepada kewangan awam Malaysia. Kita sudah boleh merasakan ia berdetik dengan “caj khidmat hutang” yang semakin cepat meningkat yang mana kerajaan terpaksa menanggung setiap tahun. Ini adalah disebabkan oleh kerajaan yang mempunyai obligasi untuk membayar faedah dan pinjaman yang mana PABK tidak dapat penuhi.”

 

 

Mari kita lihat pada jadual yang Tony Pua sertakan ke dalam analisisnya dan jawab kenyataannya:

 

 

1) Pertama sekali, sebab mengapa syarikat-syarikat ini dipanggil PABK adalah kerana mereka adalah syarikat-syarikat operasi yang menarik hasil dan juga keuntungan dengan jumlah yang ketara dan boleh berdiri sendiri.

 

 

Syarikat-syarikat ini jika digabungkan mempunyai hasil pendapatan jualan sebanyak RM421 bilion dan menghasilkan RM69 bilion dalam keuntungan bagi tahun 2013.

 

 

2) Tetapi keuntungan ini jatuh pada tahun 2014, 2015 dan 2016. Ini disebabkan kerana Petronas berada di dalam senarai itu dan kita tahu harga minyak mula menurun pada akhir tahun 2014 dan seterusnya.

 

 

3) Dan pada tahun 2013 hingga ke tahun 2016 yang Tony katakan, kita semua tahu projek-projek besar yang sedang banyak dilaburkan dalamnya adalah sambungan LRT, MRT, ETS KTM dan projek Pengerang RAPID mega Petronas, yang mana telah saya terangkan sebelum membawa manfaat jangka panjang yang besar untuk Malaysia dan dengan ketara menghakis kelebihan hub petroleum Singapura.

 

 

Baca lebih lanjut mengenai RAPID: https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1858800621005390

 

 

4) Oleh itu, dengan pendapatan dan keuntungan yang lebih rendah pada tahun 2014 dan seterusnya kerana Petronas, perbelanjaan yang meningkat kerana MRT, RAPID dan lain-lain bermakna defisit yang lebih besar.

 

 

Tetapi anda harus ingat bahawa ini adalah projek jangka panjang yang membawa banyak hasil (dan keuntungan) – oleh itu, mereka boleh menampung beban hutang mereka sendiri.

 

 

Mungkin beliau sedang sibuk melukis pelekat seterusnya tetapi entah bagaimana Tony hanya menekankan jumlah Perbelanjaan Modal (yang mana akan menjadi aset yang menjana aliran tunai untuk jangka masa yang panjang) tetapi terlupa untuk menyebut tentang pendapatan yang besar dan LEBIHAN operasi PABK yang juga besar.

 

 

Apa-apa pun, jenis projek infrastruktur jangka panjang ini juga membawa banyak pertumbuhan berganda serta penjimatan produktiviti ekonomi kita.

 

 

5) Tetapi jika Tony Pua tidak gembira dengan projek-projek infrastruktur jangka panjang berskala besar ini maka kita boleh membatalkan MRT, ETS, Rapid dan lain-lain ..

 

 

Peliknya bagaimanapun, Tony Pua tidak pernah mengulas mengenai rancangan Kerajaan Pulau Pinang untuk meminjam dan membelanjakan sehingga RM46 bilion untuk membiayai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang mereka – satu tekanan yang tidak dapat dibayangkan ke atas Pulau Pinang yang akan memberi kesan kepada generasi akan datangnya kerana hasil operasi tahunan Pulau Pinang (tidak termasuk jualan tanah) hanya RM300 juta (berbanding RM450 bilion bagi PABK) – oleh itu walaupun anda meletakkan RM23 bilion hutang ke atas Pulau Pinang, ia akan menjadi satu tekanan yang BESAR dan sesungguhnya itu adalah bom jangka untuk Pulau Pinang.

 

 


http://www.malaysiakini.com/news/360111
Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.