Iman, Wanita Paling Gemuk Di Dunia

Seorang wanita yang berasal dari Mesir, Iman Ahmad Abdulati, 36, dikenalpasti sebagai wanita paling gemuk di dunia dengan berat mencecah 500 kilogram.

 

Akibat berat badan yang melampau itu juga, Iman sudah 25 tahun tidak keluar dari rumahnya di Iskandariah.

 

 

Iman hanya mampu terbaring di atas katil dan tidak boleh bergerak, hatta mengalihkan badan ke kanan atau kiri sekali pun.

 

 

Keadaan ini memaksa ibunya dan kakaknya terpaksa membantunya setiap hari untuk makan, menukar baju dan membersihkan diri.

 

 

Menurut El Arabiya, ketika dilahirkan, berat Iman mencapai 5 kilogram dan dia juga mengalami penyakit di mana tangannya menjadi bengkak akibat dijangkiti parasit.

 

 

Pada usia 11 tahun, badannya menjadi terlalu gemuk hingga dia tidak mampu berdiri dan terpaksa merangkak di dalam rumah.

 

 

Ketika usia itu juga, Iman terpaksa berhenti sekolah selepas mengalami `cerebral stroke’ hingga tidak boleh bergerak dan hanya terbaring di atas katil.

 

 

Sejak itu, Iman hanya terbaring di rumah dan tidak boleh melakukan apa-apa, mengakibatkan badannya membesar bagaikan belon.

 

Susulan itu, ahli keluarganya berharap agar Presiden Abdel Fattah el-Sisi membantu dari segi bantuan perubatan.

 

 

Mereka bimbang Iman akan meninggal dunia tanpa rawatan radikal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.