Elly Nafi Lagu Tugasan Ada Kaitan Dengan Kisah Hidup

SHAH ALAM – Penyanyi Elly Mazlein tidak pernah menganggap tema lagu tugasan yang diberikan kepadanya setiap minggu pada musim ketiga program realiti, Gegar Vaganza (GV) ada kaitan dengan kisah hidupnya.

 

Elly atau nama penuhnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 36, memberitahu sebagai peserta, dia menerima apa saja lagu yang diberi tanpa rasa prasangka.

 

“Kita tak boleh nak rasa sensitif dengan lagu yang diberi. Saya anggap semuanya adalah cabaran buat saya.

 

 

“Bagaimanapun, tak dinafikan, lagu Berpisah Jua yang saya nyanyikan memang berlaku pada saya. Rasa seperti ditumbuk dan menyanyi depan cermin,” kata Elly ketika ditemui sejurus berakhirnya konsert minggu ketiga GV3 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, malam tadi.

 

 

Minggu lalu, ibu tunggal ini menyampaikan lagu Usah Ditambah Bara Tersimpan manakala minggu depan Elly akan bergelek dangdut menerusi lagu Perawan Atau Janda.

 

 

Pada konsert kali ini, penyanyi Razis Ismail menjadi peserta pertama yang tersingkir. -Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!