Angelina Jolie Meradang Dengan Bapa

LOS ANGELES: Pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie, meradang terhadap bapanya, Jon Voight, kerana berbincang mengenai kes perceraiannya dengan Brad Pitt.

 

Menurut laman web hiburan Us Weekly, dalam perbualan minggu lalu, Voight memberitahu menantunya, kelakuan Jolie “tidak menentu” seperti mendiang ibunya, Marcheline Bertrand yang meninggal pada 2007.

 

Pelakon berusia 41 itu memfailkan dokumen cerai terhadap Pitt, 52, bulan lalu dengan alasan tiada keserasian dan berpisah pada 15 September.

 

Hubungan Jolie dan bapanya pula dilaporkan sudah sekian lama tidak mesra.

 

“Jolie terlalu marahkan bapanya. Mereka jarang bercakap kerana dia tidak percayakan Voight,” sumber memberitahu US Weekly. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.