Yang di-Pertuan Agong Selesai Jalani Rawatan

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini selesai menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Istana Negara mengesahkan hari ini.

 

Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, 87, pada Khamis lepas telah berangkat ke IJN bagi menjalani pemeriksaan kesihatan berkala seperti yang dijadualkan.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas selesai membentangkan Bajet 2016 di Parlimen petang semalam, turut bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor menziarahi baginda. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.