Viral Maklumat Palsu, Istana Negara Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR – Polis menerima satu laporan daripada Istana Negara membabitkan penyebaran maklumat palsu berkaitan kesihatan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang menjadi viral di media sosial.

 

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor, berkata laporan berkenaan diterima daripada pihak keselamatan Istana Negara, pada 1.10 pagi.

 

Kita akan serahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

 

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia” katanya.

 

Selain maklumat palsu mengenai kesihatan baginda, pihak polis turut menyiasat penyebaran dua gambar yang memaparkan hadapan bangunan Sayap Diraja Istana Negara yang menunjukkan susunan kenderaan milik Istana Negara serta ambulans. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.