Indonesia Guna Kapal Perang Pindah Penduduk

JAKARTA – INDONESIA . Kapal perang Tentera Laut Indonesia (TNI-AL) akan digunakan  untuk memindahkan lebih ramai penduduk bagi  membantu usaha kerajaan menangani krisis kemanusiaan disebabkan kebakaran hutan di negara itu.

 

 

Menerusi laporan Tempo.co, Ketua Jabatan Penerangan, Laksamana Pertama Muhammad Zainuddin, tentera laut mempunyai beberapa kapal pengangkut yang boleh digunakan dalam misi pemindahan termasuklah kapal perang mereka juga mempunyai fungsi yang sama.

 

 

“Pihak kami sentiasa bersedia memberi bantuan dan sokongan terhadap setiap keputusan serta program kerajaan termasuklah menggunakan kapal perang Indonesia untuk misi kemanusiaan,” katanya.

 

 
Terdahulu, Menteri Penyelaras Politik, Undang-undang dan Keselamatan, Luhut Binsar Panjaitan memberitahu, rancangan memindahkan mangsa jerebu dan sedang mempertimbangkan untuk menggunakan kapal perang sebagai tempat perlindungan sementara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.